Teori hujan dan kelajuan motosikal

Gua banyak kali teringat nak post benda ni, tapi setiap kali bukak laptop mesti ingat nak buat asignment jer. So memandangkan asignment tadak, gua bagi satu teori yang lama gua pendam. teori hujan dan kelajuan motosikal terhadap kadar kebasahan yang diterima.

okay macam ni, hampir 60% penduduk malaysia adalah penunggang motosikal. therefore apa yang aku nampak setiap kali hujan, konsep yang salah digunapakai oleh penunggang-penunggang motosikal tersebut. semakin lebat hujan, semakin laju pulak deorang memecut. sebenarnya itu konsep yang salah adalah kerana:

hujan=h
halaju=km/h
kadar kebasahan=w

inferens 1: semakin lebat hujan, penerimaan kadar kebasahan adalah semakin tinggi.
inferens 2: semakin laju bawa moto semasa hujan, semakin tinggi kadar kebasahan yang diterima.

ok, terdapat dua pemboleh ubah disini, iaitu hujan dan kelajuan motosikal. apa yang aku cuba nak nyatakan disini adalah, kita haruslah bawak selow ketika hujan lebat dan bawak laju ketika hujan tak lebat. ini dibuktikan berdasarkan graf dibawah.

bila ujan lebat, kita haruslah bawak slow kerana kalau bawak laju kita seperti mencepatkan kadar penerimaan hujan. dan apabila hujan tak lebat, kita haruslah bawak laju, sebab nak cepat sampai. bila hujan tak lebat, tak boleh bawak slow sebab kita menambah masa penerimaan hujan terhadap diri sendiri. 

sebenarnya aku susah nak terangkan secara perkataan. nanti free-free datang yer, kita buat praktikal. sekian terima kasih. gua memang tak boleh jadi ahli fizik!

3 comments:

  1. Mana dpt inferen no 2 tu?
    Hmm iyeke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik enon, saya buat kepala jer. kot la cik enon boleh derived dengan lebih lanjut. ce try. haha

      Delete
  2. saya nak buat eksperiment ni la untuk assignment DOE...boleh tolong bagi tunjuk ajar x?

    ReplyDelete