Konsep 3 saat

Selalunya kemalangan terjadi disimpang-simpang samaada:

1. tak sempat masuk/keluar simpang pastu kena langgar.
2. 50/50 membuat keputusan disimpang nak masuk/ keluar atau tidak.
3. tak berani membuat keputusan disaat kritikal.

ok, konsep 3 saat yang dipraktikan gua adalah konsep yang paling mudah dan selamat serta praktikal bagi semua lapisan masyarakat. konsepnya macam ni.

jika sampai disimpang,
1. kalau tiada kenderaan masuk jela simpang tu.
2. kalau rasa 50/50 nak masuk/keluar simpang sila kira 1,2,3 mengikut sela saat yang standard. jika lepas kira 3 saat, kereta kosong masuk jer simpang tu.
3. jika ada sedikit peluang untuk masuk simpang, macam kereta jauh lagi, tapi nampak macam laju, jangan masuk simpang. kira lah 1,2,3 sehingga kereta tu dah lepas baru lah masuk.

ini adalah kerana, apabila kita mengaplikasikan 3 saat ni, kita akan rasa konfiden untuk masuk simpang. daipada tergesa-gesa, baik kira dulu 1,2,3 baru masuk simpang. 3 saat ini sangat bermakna dalam kehidupan seharian dan anda akan berkata, daripada aku kalut-kalut masuk simpang, kang eksiden, baik aku aplikasikan konsep 3 saat, pasti selamat. korang tak paham? ah lantaklah.

4 comments: