Habaq mai!

Salam sejahtera, salam satu Malaysia dan Assalamualaikum kepada gadis-gadis urban, gadis-gadis melayu pasca - DEB, gadis-gadis twitter, gadis-gadis facebook mahupun gadis-gadis rwempitz you allz. Oh, tidak lupa juga kepada jejaka-jejaka ganteng sekalian. I ollz nak habaq mai satu benda ni. I ollz bersama i ollz punya rakan ada menubuhkan sebuah kedai buku secara online. U ollz yang berminat dengan novel-novel power seiring dengan perkembangan remaja zaman kini terbitan publisher power, boleh la jenguk-jenguk kedai online tersebut dialamat seperti di bawah:

You ollz like la semperna tanda menyokong penubuhan kedai online i ollz ni. Terima kasih daun keladi nanti raya mai la lagi!

Kedai Sepenaraya


Konsep 3 saat

Selalunya kemalangan terjadi disimpang-simpang samaada:

1. tak sempat masuk/keluar simpang pastu kena langgar.
2. 50/50 membuat keputusan disimpang nak masuk/ keluar atau tidak.
3. tak berani membuat keputusan disaat kritikal.

ok, konsep 3 saat yang dipraktikan gua adalah konsep yang paling mudah dan selamat serta praktikal bagi semua lapisan masyarakat. konsepnya macam ni.

jika sampai disimpang,
1. kalau tiada kenderaan masuk jela simpang tu.
2. kalau rasa 50/50 nak masuk/keluar simpang sila kira 1,2,3 mengikut sela saat yang standard. jika lepas kira 3 saat, kereta kosong masuk jer simpang tu.
3. jika ada sedikit peluang untuk masuk simpang, macam kereta jauh lagi, tapi nampak macam laju, jangan masuk simpang. kira lah 1,2,3 sehingga kereta tu dah lepas baru lah masuk.

ini adalah kerana, apabila kita mengaplikasikan 3 saat ni, kita akan rasa konfiden untuk masuk simpang. daipada tergesa-gesa, baik kira dulu 1,2,3 baru masuk simpang. 3 saat ini sangat bermakna dalam kehidupan seharian dan anda akan berkata, daripada aku kalut-kalut masuk simpang, kang eksiden, baik aku aplikasikan konsep 3 saat, pasti selamat. korang tak paham? ah lantaklah.

Teori hujan dan kelajuan motosikal

Gua banyak kali teringat nak post benda ni, tapi setiap kali bukak laptop mesti ingat nak buat asignment jer. So memandangkan asignment tadak, gua bagi satu teori yang lama gua pendam. teori hujan dan kelajuan motosikal terhadap kadar kebasahan yang diterima.

okay macam ni, hampir 60% penduduk malaysia adalah penunggang motosikal. therefore apa yang aku nampak setiap kali hujan, konsep yang salah digunapakai oleh penunggang-penunggang motosikal tersebut. semakin lebat hujan, semakin laju pulak deorang memecut. sebenarnya itu konsep yang salah adalah kerana:

hujan=h
halaju=km/h
kadar kebasahan=w

inferens 1: semakin lebat hujan, penerimaan kadar kebasahan adalah semakin tinggi.
inferens 2: semakin laju bawa moto semasa hujan, semakin tinggi kadar kebasahan yang diterima.

ok, terdapat dua pemboleh ubah disini, iaitu hujan dan kelajuan motosikal. apa yang aku cuba nak nyatakan disini adalah, kita haruslah bawak selow ketika hujan lebat dan bawak laju ketika hujan tak lebat. ini dibuktikan berdasarkan graf dibawah.

bila ujan lebat, kita haruslah bawak slow kerana kalau bawak laju kita seperti mencepatkan kadar penerimaan hujan. dan apabila hujan tak lebat, kita haruslah bawak laju, sebab nak cepat sampai. bila hujan tak lebat, tak boleh bawak slow sebab kita menambah masa penerimaan hujan terhadap diri sendiri. 

sebenarnya aku susah nak terangkan secara perkataan. nanti free-free datang yer, kita buat praktikal. sekian terima kasih. gua memang tak boleh jadi ahli fizik!