Kl-Bangkok Part 1

Lama jugak aku tunggu mood nak menulis trip aku ke Bangkok tempohari. Mungkin sebab malas nak menulis sama kot. Entah la. for your information. Ini adalah trip pertama aku ke luar negara. That means sebelum ini aku tak pernah ke luar negara mahupun memiliki sebuah passport. Sebenarnya trip ke Bangkok ni diilhamkan lepas aku dengan Hakimi balik dari trip ke Cameroon Highlands tahun lepas. Biasalah orang kata, kalaw dah start travel ni, susah nak stop melainkan duit tak ada. Jadi bila duit mengalir masuk dengan laju ke dalam akaun, cepat-cepat jer buat perancangan trip. So, dimulakan dengan proses membuat passport. Lepas menggoogle segala macam website dan blog-blog, secara konklusinya membuat passport adalah tidak serumit mana berbanding membuat projek semester akhir. Hanya perlu menyediakan RM100 untuk tempoh sah laku passport selama setahun dan gambar terkini berukuran passport serta keyakinan dan kegagahan diri untuk beratur lama dan bangun awal pagi untuk ke pejabat imigresen berdekatan. Aku dengan Hakimi membuat passport di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam. kebetulan sehari selepas aku habis game rowing di Putrajaya, jadi agak malanglah ye bagi aku sebab gambar yang digunakan semasa membuat passport merupakan gambar seperti seorang penduduk bangladesh. Mana tak bangladeshnyer, puas sun burn lepas game rowing sebelum itu.

Selesai buat passport, rasa eksited untuk ke Bangkok tu meningkat sikit. perjalan ke bangkok dirapikan lagi. mengikut perancangan, dari stesyen KL Central, kami akan menaiki keretaapi ke Pulau Pinang dahulu. transit sebentar di Pulau Pinang, jalan-jalan area pulau, lepas tu baru teruskan ke Bangkok dengan menaiki keretaapi jugak. Kami yang terdiri daripada Aku, Hakimi, dengan Spekie Besaq bercadang macam tu sebab

1. Aku yang teringin nak jalan area Pulau sebab tak pernah explore pulau tu secara total lagi.
2. Nak restkan badan sikit semperna perjalanan dari KL sentral ke Butterworth selama 7 jam.
3. Boleh la nak makan-makan sikit area Penang sebelum ke Bangkok bajet untuk isi perut untuk survive dalam tren 22 jam ke Bangkok.

Setibanya hari ahad 21 hb 11. ini adalah merupakan hari terakhir bagi game rowing aku, aku skip hari ini sebab hari itu cuma hari penyampaian hadiah jer, so boleh la aku berehat sikit sambil nak beli barang makanan untuk bekal dalam train. aku dengan kahimi adalah pergi pasaraya giant untuk beli biskut-biskut sikit, roti dengan tuna. malam tu aku packing-packing baju untuk trip besok hari. rasa eksited tambah nervous pon ada. dengar cerita belah selatan thailand kan tengah huru hara, bom sana sini. jadi kot-kotlah train yang aku naik nanti kena bomb, naya jer tak boleh grad ontime. haha. untuk ke bangkok ni aku bawak 4 helai baju, 4 helai spender, tracksuit yang dipakai dengan selipar dengan toiletries. aku bajet nak bawak light-light jer sebab nanti nak berjalan jauh, memang azab jugak la kan kalaw galas beg penuh muatan nanti.

Keesokan harinya aku jam lebih kurang pukul 7.00 malam, aku bergerak berjalan kaki dari flat padang jawa ke stesyen ktm padang jawa. sebelum bertolak tu sempat lagi singgah beli burger makan alas perut sebelum naik train pukul 11 malam ke Butterworth. aku janji dengan Hakimi pukul 7.00malam jumpa di stesyen Padang Jawa. aku sampai lebih kurang 7.30 kot. Menapak dari flat rimba ke stesyen KTM boleh tahan jugak jauhnyer. dengan backpack penuh dengan air mineral berbotol-botol, sakit bahu jugak lah. sampai ke stesyen ktm padang jawa, Hakimi dah lama tunggu aku.

padang jawa ktm specifically seat. 

tunggu untuk train seterusnya tiba, lebih kurang stengah jam. kami dapat naik train ke KL Central. Aku tak buat apa sangat dalam train tu, dengan mp3 sebab penat menapak tadi tak hilang lagi. Memang dalam train tak boleh buat apa pon. Sampai KL Centarl lebih kurang jam 8.15 malam. Awal lagi, tak tahu nak buat apa. aku ronda-ronda area KL Central cari money changer untuk tukar duit bath. Lastly jumpa seketul money changer tingkat atas dapat rate RM10.30/100 Bath. oklah tu, tukar 3000 bath buat duit poket kat sana. Sementara tunggu pukul 11 train ke Butterworth datang, agak boring jugak lah. tengok sana sini, main game itu ini sampai bosan. KFC depan mata, McD bawah mata. terliur habis jadinya sampai terbeli dinner set kongsi dengan Hakimi. Masa tu spekie besaq tak sampai-sampai lagi. jam dah pukul 10 pun dia tak sampai-sampai lagi, aku jadi gelabah jugak la. tanya hakimi, katanya dah janji nak jumpa KL Central around 9, tapi tak muncul lagi. Soon later alhamdulillah pukul 10.20 macam tu dia sampai. Jadi trip according to plan with correct number of person.

KL Central, cari gerabak

Pukul 11, train ke Butterworth sampai, malam tu agak ramai jugak umat manusia yang nak pulang ke utara. kenalah beratur panjang sikit. tengah-tengah aku dengan kimi, spekie cari gerabak, jumpa seorang orang buta tengah tergapai-gapai cari gerabak dia. malangnya time tu aku baru perasan bila nak masuk gerabak. nak pergi tolong, dia dok hujung ke gerabak lain, serba salah. aku harap-harap petugas KTM ada kat situ boleh tolong dia carikan gerabak yang betul. kesian pulak pikir balik. sampai di gerabak masing-masing, aku macam biasa letak beg atas tempay beg, bawak keluar sweater, air, mp3, layan lagu sampai bosan. tempat aku dalam train tu agak spacious sikit sebab orang sebelah tak ada. kalau aku tahu orang sebelah tak ada sampai ke butterworth memnag aku dah tido silang kaki dah. ni takut-takut dia naik kat tengah-tengah perjalanan, terpaksalah tidur beralaskan cermin . dalam train memang sejuk gila, selamat aku bawak sweter siap-siap. aku tak tahu hakimi dengan spekie besaq ada sweter ke tak sebab aku memang dah pesan dekat hakimi suruh standby sweater sebab dalam train memang sejuk macam haram jadah lagi. sepanjang perjalanan ke butterworth tu tak banyak yang boleh buat sebab hari malam kan. selain dengar mp3, tengok luar, tak ada apa lagi yang best. rasa lapar jer, aku tibai dinner set KFC yang beli tadi, lepas tu tido sampailah sampai ke butterworth. sampai ke butterworth lebih kurang jam 7 pagi.

first thing first, sampai jer stesyen butterworth, solat. entah macam mana kebetulan, ada seorang orang buta turun kat stesyen butterworth jugak sama  dengan aku. dia naik kat KL Central jugak. bajet macam nak tebus balik kesilapan, aku pergila tanya dia nak pergi mana, dia cakap nak pergi solat, aku bawak jerlah dia ke surau kebetulan aku pun nak ke surau jugak. aku ada perasan orang buta ni walaupon kita offer pertolongan, dia akan rasa was-was jugak. dia akan test orang yang nak tolong dia tu, buat macam lambat-lambat jalan, buat macam nak stop jalan. ada betul jugak kaedah dia tu, kalaw orang nak merompak dia, dia buat-buat slow, stop jalan, konpem orang yang nak merompak dia tu paksa suruh jalan jgak, tak pun terus ragut beg orang buta tu. entah la, aku punya opinion jer.

stesyen butterworth ihsan google

aku rasa macam haritu tuhan saje nak test aku semacam sebab bila lepas ambil air sembahyang ape semua, ada lah tiga orang dalam surau tu yang tengah standby nak solat. aku, pakcik tua dengan brader mana sorang lagi. pakcik tua tu terus qamat, konpom-konpom dia tak boleh nak jadi imam. brader sorang lagi macam buat dono jer, tak nak jadi imam. nak tak nak, aku volunteer jadi imam jer lah. selagi cukup sifat, cukup ilmu, aku rasa tak salah pun sapa-sapa nak jadi imam. Tak kisah la seorang brader yang agak ting tong kadang-kadang macam aku ni kan. selesai solat, duduk kejap, dalam stesyen butterworth tu, planning nak jalan mana. macam yang aku dah agak, depa akan kata "ikutla" aku sebenarnya dah standby plan nak kemana lepas tu, orang kata macam cukup syarat la tanya kan, ikut adab melayu. sebenarnya jawapan ikutla tu aku cukup benci sebab aku tanyakan soalan yang demandkan jawapan. busuk-busuk pun jawab la kita pergi sini, sinun, ada jugak jawapan yang bernas selain jawapan ikutlah tu. aku cakap, jom kita pergi breakfast dulu kat seberang ni sebab kalaw dah masuk pulau semuanya akan jadi mahal. aku lantak kfc seketul yang kimi bagi dengan teh o panas. selesai sarapan untuk pagi tu. sementara tunggu teh o panas, dengar radio stesyen utara, rindu pulak dengan tanah air sebab aku ni jenis lama tak balik rumah. jadi dah sampai butterworth ni dengar radio penang, kira terubat jugak lah.

sambung lagi babai.

No comments:

Post a Comment