Head of Putrajaya, SUKIPT, VBR

Last three weeks was my busy gila babi week. Aku tengah on training rowing for the last time and at the same time aku kena prepare jadual trip untuk backpacking ke Bangkok. Lain post aku cerita. Dengan passport pun belum buat lagi. Dengan nak kautim dengan kawan-kawan tolong cover tak masuk kelas. Siapakn group assignment, huihh, macam-macam kerja. But in the end it all worth it.

Putrajaya 

Untuk pengetahuan, sekarang aku dah final semester, final year dekat UiTM Shah Alam ni sebagai student. Rasa sekejap jer 2 tahun setengah, ayat cliche. Macam-macam pengalaman, cabaran, rintangan, dugaan masa mengaji kat sini. Itu semua cerita lepas aku dah grad la baru syok kan. Untuk post kali ini aku nak cerita sikit pasal event yang aku masuk untuk kali ini.


Head of Putrajaya- merupakan event first time yang dikendalikan oleh perbadanan Putrajaya bagi sukan rowing. Maybe lepas tengok event Oxford and Cambridge exchange, Putrajaya pun teringin lah kot nak buat macam itu. Yang bestnya pasal event ini, length untuk regatta course adalah sepanjang 5.5km. Mampuih keras atas boat kalau tak training main event ni. So sepanjang latihan, aku ergo jerlah 6km dengan rating lebih kurang 25 untuk memenuhi spec pasukan main dalam boat ni. Selamat gua terpilih jugak. Kalau tak makan hati jer tengok deorang row secara berjemaah. Alhamdulillah, aku percaya dengan konsep, tuhan maha adil, kalaw training kuat, adalah ganjaranya, team UiTM dapat 2nd place. Cerita pasal beza 3 second tu tak payah dipanjangkan lagi sebab benda dah jadi, tak payah nak guna perkataan kalau yer. UTHM ada hantar 2 team, UTHM Blue dengan UTHM Red. Apasal aku mention UTHM? sebab depa kuat la. 1st team dapat 1st place, 2nd team dapat 3rd place. Banyak jugak rintangan sepanjang Head  of Putrajaya ni. Hujan la, game delay la, penat menunggu. Paling tak boleh belah, bayar dinner tapi tak ada meja. Haram sungguh.

results

Selesai Head of Putrajaya, terus disambung dengan SUKIPT. SUKIPT adalah singkatan daripada sukan antara institute pengajian tinggi. Kali ini SUKIPT aku tak main sebarang acara sebab semuanya telah difullfill oleh geng-geng Malaysia. Acara boat 8 tak ada, tinggal acara scull yang aku tak reti langsung dengan 4-. Acara 4- yang sebelum ni diwarisi oleh aku telah dirampas tahta oleh geng Malaysia. Sedih sekali. Ada 2 orang baru join uni aku seorang dari UTM, seorang lagi dari UIA. Dua-dua orang tu main Malaysia. Yuran murah mungkin sebab deorang masuk kot.


Selesai sukipt, sambung pulak dengan Varsity Boat Race. Yang event ini agak kelam kabut sebab mulanya UiTM tak nak hantar team lelaki sebab kebarangkalian untuk menang adalah sangat tipis. Tapi sehari sebelum event start baru aku tahu UiTM hantar jugak team lelaki last minute main lightweight 4-. Tak pasal-pasal gua yang overweight kena diet jadi lightweight untuk main event ini. Kena pulak dengan crew ada yang tak pernah turun air, memang ngam sangat lah kan. Haha. Eventually dapat masuk semi pun dah kira oklah sebab tak kan lah main rowing lama saringan pun tak lepas. Malu la nanti oii!. VBR singkatan untuk Varsity Boat Race ini sengit sikit competition sebab kena compete dengan international level. Ada uni dari Siam, Indonesia, Hongkong, Colombo, Singapore, Nottingham dan lain-lain. Kalau dapat medal dalam sebarang event ini, kira boleh berlagak lah dengan rowers lain lah. Haha.


Overall, gua puas hatilah dengan last event ini, walaupun dapat medal untuk head of putrajaya jer. Rindu pulak dengan sukan rowing ini. Hitam memang hitam, tapi kepuasan dia tu lain macam habaq mai. Nak sambung master rasanya tak. Cuma ikut plan gua, gua nak apply jadi lecturer politeknik then jadi coach untuk training budak-budak poly. Harap-harap dipermudahkan Allah SWT. Amin.

2 comments:

  1. Asalnya nak cari info tentang backpacker ke Cameron Highland, belek punya belek rupanya junior SUG. Good Luck for your final semester :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! kalaw ada job seeking for fresh grad, habaq mai noo. =)

      Delete