Test GPS Survey

Gua mimpi aneh malam semalam. Siap menitiskan air mata jantan lagi. Tapi bukan itu yang gua mahu ceritakan. Tatkala gua terjaga dari lamunan mimpi sedih, gua muhasabah diri sikit-sikit, duduk bucu katil sambil plan ape gua nak buat seterusnya. Ternyata facebook menjadi toplist work-to-do gua. Gua online dahulu facebook, notification menghampakan. 3 notification sahaja bagi hari ini.

Selesai gua berfesbuk, gua jalan berseorangan ke bilik air yang penuh dengan kesan degil bekas daki untuk amik air semayang. Selesai semuanya, gua berfesbuk lagi. Notifcication kosong. Gua rasa tak kena awat kosong jer ni. Lalu gua abaikan perihal itu. Kemudia gua membuka blogger, melihat update blog-blog manusia. Jam menunjukan 0850. Tiba-tiba

"wang kelian-wang kelian" - jerrypah menganjing-anjing
"hang tak pi test GPS ka, start pukoi sembilan" - sambung beliau dalam loghat kedah siam.

Terus menerus gua jadi kelam kabut. Gua mencapai sehelai tuala busuk lalu memecut ke bilik air. Mandi kerbau ibarat mak gua selalu cakap, selesai mandi. Gua capai mana ikut dan jer, sarung baju dan seluar. spray sikit perfume. Ambil kunci moto dan turun ke tingkat tanah.

Sampai kebawah, penuh dengan junior-junior gua. Gua yang penyegan membelok moto keluar melalui jalan yang agak jauh sikit, sambil mengontrol muka. Enjin moto pon xcukup panas, gua terus merempit ke kampus bandaraya uitm. Mencari kelas macam nak gila, sekali member gua mesej kelas yang patut gua masuk.

Sesampai jer, gua jawab test GPS survey dan selesai. Lekturer mengecheck hasil gua dan tick gua dah selesai.   Kemudia tamat hari gua pada pagi itu. Gua dah tulis panjang-panjang ni tapi gua terpesong dah ni dari objektif nak post kali ini. damn!

2 comments:

  1. Susah kot test pagi tadi..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakapla macamtu, nanti result keluar yang "susah" punya baru taw. hehe

      Delete