Raya Oh Raya

Mintak maaf la tuan-tuan dan puan-puan sebab ceq lama tak update blog ni. Biasalah sebok berservey camp lepas tu menikmati raya pula.

Dok cerita pasal raya, tahun ni ceq raya di Seremban untuk separuh hari, kemudian separuh hari lagi didalam kereta kecil ku berbunyi, marilah adik mari naik, boleh ku bawa jumpa family mertua. Ceq sampai Sungai Petani malam hari raya pertama. Jadi semuanya dah senyap sepi. The Raya days officially start on second of Syawal. Macam biasa gua pergi rumah sedara mara kezin kezon, adik beradik, kawan rawan dan juga jiran tetangga. Raya kali ni bermakna juga kerana gua dapat juga bermain meriam seperti yang diamalkan sebelum-sebelum ini. Ini adalah kerana feeling raya gua hanya pada bunyi dentuman meriam, bukan ketupat pulut mahupon nasi walhal serunding daging atau rendang ayam sekalipun.

Sekian, gua tontonkan video klips bagaimana meriam dimainkan sebagai tanda Raya sudah menjelma.




Entah mengapa bila masuk dalam komputer, bunyi macam mercun padi jer.

2 comments:

  1. gua ingat nak report lu dekat polis r bro.

    ReplyDelete
  2. polis sini pon dah kamcxeng dengan penduduk kampung. achewah!

    ReplyDelete