KL Bakar (Episod 3)

Episod 2




"Dah-dah wei, jom gerak" – kata Lia.
"Ok. Jom-jom, tapi kita nak pi mana?"- kata Ani
"Aku tak taw nak pi mana ni, tapi kita kena siasat pasaipa KL habis tebakaq dengan semua orang pakat dok jadi zombie ni. Hang tak pelik ka tiba-tiba jadi macam ini?" – kata Lia semula.
"Hang gila apa, tiba-tiba rajin nak jadi dektektif konan. Bukan dapat sekupang apa pon." – Ani berkata.
"Wei, hang jangan buat gila, ni Negara kita, tanah air kita. Kita mesti pertahankan mau tak mau pon. Satgi dah huru hara habis semua, baru nak terhegeh-hegeh cari punca tak guna la." – ceramah Lia kepada Ani.

Ani diam dan akur dengan pendapat Lia. Lia bukan seorang yang patriotic, tapi semnagat cintakan Negara masih tersirat dihatinya. Lia berpendapat Negara haruslah dipertahankan walaupon dengan cara apa sekalipun. Kerana Negara ini adalah tanah tumpah darah bagi dia dan nenek moyang. Keharmonian dan keselamatan Negara harus dijaga oleh setiap warganegara tersebut. Namun setiap kali perlawanan Malaysia menentang kelab-kelab dari Negara eropah, Lia tetap memaki hamun persembahan pemain Malaysia. Main macam haram jadah katanya. Lia seorang peminat tegar kelab Mencester Siti.

Motosikal Yamaha 125zr yang dikuasakuda oleh eksos YY Pang limited edition meluncur laju di jalan Tun Razak ke Bulatan Pahang. Setibanya di bulatan Pahang, kelihatan seorang perempuan sedang melambai-lambai tangan ke arah mereka.

"Wei, perempuan tu dok lambai tangan kat kita, nak p dak kat depa?" – kata Ani
"Hang agak-agak dia orang baik ke jahat? Satg kita pi kat dia, dia buat naya kita, cokelat angin jer." – kata Lia semula.
"Haram, tadi hang sembang kemaih nak selamat Negara la apa la, ni orang Negara hang mintak tolong, buat Tanya banyak pulak. Tolong jer la." – bengkeng Ani.
"Ok, la kita p tolong." – jawab Lia.

Lalu mereka berdua segera mengonakan arah motosikal ke arah perempuan yang sedang melambai tangan itu. Kelihatan perempuan itu seperti tersepit di celahan pintu kereta. Berusia lebih kurang 30-an. Berambut panjang, separa terbakar akibat terkena sambaran api letupan kereta bersebelahan.

"Dik tolong akak dik." – kata wanita itu.
"Awat akak? Akak kena apa ni." – balas Lia
"Akak tersepit kaki dengan celah pintu kereta ni dik, tolong akak dik." – balas Sara
"Macam mana boleh jadi macam ini kak?" – Tanya Ani
"Akak drive tadi, pastu tiba-tiba kereta sebelah meletup, berlanggar dengan kereta akak, akak hilang kawalan, lalu melanggar penghadang jalan sebelah ni dik." – jelas Sara

"Awat akak cakap macam pemberita jer ni?" – Tanya Ani kehairanan.
"Akak memang seorang pembaca berita dik, terbiasa la pulak cakap sedemikian. Hehe" – jelas Sara malu-malu.
"Akak ni boleh tahan jugak yer, dalam dok tersepit ni. Haha" – kata Lia

Lalu Lia dan Ani berbincang sesame mereka tentang bagaiman untuk menyelamatkan akak tersebut dari tersepit. Tanpa peralatan yang sesuai agak mustahil bagi mereka untuk menyelamatkan akak itu.

"Wei, hang try bukak bonet belakang kereta akak tu, kot-kot ada perengkuh paip ka, pemotong apa-apa ka." – Ani
"Ok-ok, sat aku pi tengok." – Lia
Lalu lia kebelakang kereta buatan india milik akak tersebut, tata nano.

"Wei, ni ha ada gergaji besi, agak-agak boleh dak?" – kata Lia
"Taram pi lah, kita gergaji sampai boleh? Kalaw aku sorang jenuh jugak ni." – kata Ani.

Kerja pemotongan besi yang menghubungkan pintu kereta dengan chasis dilakukan mereka berdua. Mungkin kerja itu kelihatan senang kerana penyambung yang menyambungkan pintu tersebut kelihatan separa putus, tapi kereta buatan india bukan calang-calang ketahananya. Diperbuat daripada besi solid yang dirawat dengan sebatian kimia tahan karat menyukarkan keadaan. Usaha gigih diperlukan untuk memutuskan penyambung tersebut. Pecah peluh Ani dan Lia bertukar tangan bersilih ganti memotong penyambung pintu kereta tersebut.

20 minit kemudian, penyambung pintu kereta tersebut Berjaya diputuskan. Wanita separa 30an Berjaya dilepaskan.

"Terima kasih banyak dik, akak terhutang budi dengan adik berdua." – Sara
"Oh, by the way nama akak Sarahani. Boleh panggil akak kak Sara jer." – tambah Sara lagi
"Sama-sama akak" – jawab Lia dan Ani.

"Ummm, akak dari mana nak kemana ni?" – kata Lia
"Akak dari shah alam, nak ke Taiping. Akak pun nak larikan diri dari bencana ni." – kata Sara
"Akak tak tahu mana lagi nak tuju selain Taiping. Shah Alam dah separuh musnah. KL dah hamper keseluruhan. Akak harap akak Berjaya sampai ke Sungai Buluh japgi. Tapi tulah, kereta ni pun dah tak berapa nak ok dah." – jelas Sara.

Ooo, angguk Lia.

"Kamu berdua ni nak kemana?" – soal Sara
"Kami dah decide, nak cari punca segala nahas ni akak" – jawab Lia dn Ani serentak.
"Hurm, baguslah adik. Tak ramai sekarang ni yang sanggup menyelesaikan masaalah bila timbul masaalah macamni, semua kerja nak larikan diri jer. Sepatutnya kita harus berani menghadapi masalah dan menyelesaikanya. Akak kagum dengan adik berdua." – kata Sara.

"Tapi akak pun nak larikan diri ni, apa cerita?"  - bengkeng Ani.
"Hehe, akak dah tua dik." – balas Sara sambil menahan malu.
"Hurrmm, tak apalah akak oii, itu semua atas pendirian masing-masing tapi kami berdua memang tekad nak cari punca dan nak selesaikan masaalah ni." – jelas Ani, sambil Lia mengangguk.
"Kami mintak diri dulu ye kak." – pinta Lia untuk meneruskan perjalanan mereka.
"Ok, semoga Berjaya adik." – balas Sara

Lalu mereka berdua meninggalkan Sara yang keseorangan. Begitulah seperti kebanyakan. Hanya tahu bercakap tapi apabila dalam melaksanakan percakapan itu, tidak semua yang mampu. Tapi bagi Lia dan Ani, mereka bukan lah dari jenis yang sembang kemaih. Mereka berpendirian tiada apa yang boleh mengotakan percakapan daripada melaksanakanya. Itu yang sepatutnya dibuktikan semua pihak.

"Adik-adik, tunggu jap." – jerit Sara dari belakang
"Yer akak, awatnya? Nak join ka?" – jerit Lia.

Sara segera berlari ke arah Ani dan Lia sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

"Eh tak, ni haa. Amik nombor telefon akak. 013-20561111. Simpan yer" – kata Sara termengah-mengah kepenatan berlari.
"Okay akak. Terima kasih" – balas Ani.

"Akak ada skim takaful untuk adik dua orang, kot-kot lah ape-ape jadi kan. Tak menysahkan orang tua adik nanti. hehe" – sambung Sara.
"Haram jadah sungguh. Promote takaful plak time-time ni." – balas Ani dalam hatinya. 


bersambung lagi.

No comments:

Post a Comment