Akta 114a

Hamboi, kemain lagi main akta-akta segala bagai ni. Student student di malaysia mungkin sinonim dengan Akta 174 - Akta Universiti dan Kolej Universiti. Pastu mai dua tiga hari ni, keluar pulak Akta 114a. Menatang apakah akta 114a itu. Mari kita rungkaikan sama-sama okay.


Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). 

"Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.” - kata kak nab janda yang menjual goreng pisang depan simpang.

Keburukan Seksyen 114A

  • Jika anda kena godam, anda harus bertanggungjawab terhadap bahan yang disebarkan.
  • Jika seseorang telah membuat akaun facebook yang baru dengan menggunakan nama anda, secara tidak langsung anda adalah pemilik akaun tersebut.
  • Jika anda sebar kandungan fitnah milik orang lain, anda dianggap tuan empunya kandugan tersebut
  • Jika komputer atau wifi kena ceroboh, anda sendiri bertanggungjawab atas tindakan penggodam tersebut

Siapakah yang terancam dengan Akta 114A ?

Pemilik laman web, blogger dan pemilik akaun facebook dan twitter turut terkena tempias dengan 
peraturan ni.

Justeru kepada sesiapa yang rasa tak berkenan dengan penggubalan akta ini bolehlah menyertai aktiviti sampingan yang dinamakan "internet blackout day".

Salam satu Malaysia dan Selamat menyambut Hari Raya.












No comments:

Post a Comment