Survey Camp lagi

Sebenarnya aku baru jer pulang dari praktikal survey kem ni. Kebetulan hari ini hujan, jadi boleh balik awal lah. duduk dalam bilik tak buat ape, jadi aku bercadang nak cerita sikit mengenai survey camp. Survey camp adalah kursus wajib yang perlu diambil oleh semua student sains ukur dan geomatik dari UiTM. Universiti lain mungkin ada juga modul macam ni, tapi aku xsure deorang buat masa cuti semester atau semasa dalam semester. Terdiri daripada tiga bahagian dan sekarang aku di bahagian yang ketiga iaitu, latihan praktikal bagi subjek Fotogrammetri dan Geodesi.

View dari bilik. (gambar stitch) 

Survey camp kali ini ditempatkan di Melaka. Sebelum-sebelum ini pun buat kat Melaka jugak. Untuk pengetahuan, batch aku punya survey camp, ketiga-tiga bahagian/modul buat dekat Melaka. Sampai aku dah boleh hafal sikit-sikit jalan-jalan disekitar bandaraya Melaka ni lah jadinyer. 

Yang specialnya kali ini, student lelaki ditempatkan di Kolej Tun Mamat. Jadi macam sedikit kelainan lah dari kem sebelum-sebelum ni dimana student lelaki ditempatkan di Kolej Tun Mutakhir. Lagi satu, dengar cerita, ini kali pertama survey camp diadakan pada bulan Ramadhan, jadi penat tu bertambah la sikit dalam menempuhi camp ni kan. Jadilah, janji ada kelainan kan. haha

Bilik paling kemas aras 4.

Katil hensem.

Aku harap survey camp kali ni, group aku boleh tolerate satu sama-lain, tolong-menolong dalam buat kerja dan boleh finish task on time. Walaupun permulaan group aku agak slow sikit tapi diharap lepas ni tiada halangan lain yang datang. Therefore, selamat bersurvey camp kepada semua kengkawan dan selamat menjalani ibadah puasa. 


4 comments: