KL Bakar (Episod 2)



“Wei macam mana boleh terbakaq sampai laguni” – kata Lia.
“Nok horom mana aku taw, kalaw aku taw aku habaq awai kat hang aih. Tak dak pasai aku nak serabut dalam masaalah ni.” – kata Ani.
“Apa kita nak buat ni wei?” – kata Lia
“Lani kita cari tempat selamat dulu, pastu baru kita bincang lain ok.” – kata Ani.

Lalu dua anak gadis yang baru menempuh permulaan cabaran dalam hari tersebut mengambil keputusan untuk mencari tempat berteduh dahulu, seterusnya membincangkan tentang langkah yang patut mereka ambil seterusnya. Berbekalkan motosikal entah siapa pemiliknya, Ani menunggang dengan penuh licik sambil Lia mermbonceng di belakang. Betul kata orang, apabila dalam desakan, sesuatu yang sukar boleh menjadi mudah. Ani pernah mencuba untuk menuggang motosikal bercluth tangan sebelum ini, tapi gagal untuk mengimbangi kawalan pendikit minyak dan tarikan cluth motosikal. Namun hari ini, dengan cekap pula dia menunggangnya. Kalah mat rempit Kulim.

Berbekalkan motosikal Yamaha 125z dikuasa duakan dengan eksos YY Pang limited edition, Ani mencilok, mencebut, mencelah celahan kereta yang musnah terbakar, mayat-mayat yang bergelimpangan di serata jalan. Dari jalan Imbi ke jalan Raja Chulan, seterusnya mengikut jalan Bukit Bintang lalu susur keluar ke Jalan Tun Razak.

“Wei, hang nak p mana ni” – kata Lia
“Haram aih, hang dok senyap-senyap kat blakang dah la”- kata Ani
“Hang jangan buat gila, kang kat depan tu lagi teruk, cokelat angin jer kita nanti.” – kata Lia
“Wei-wei, dak lani kita berenti sat stesyen minyak tu, kasi full tank dulu motor ni. Kang habis minyak tengah jalan apa pon tak boleh.” – kata Lia lagi.

Mereka berdua mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di stesyen minyak Caltex bersebelahan dengan menara pnb dan cimb bank, berdekatan Desa Kudalari kondominium. Kelihatan stesyen minyak masih selamat dari sebarang letupan dan kebakaran – masih selamat untuk digunakan. Lia segera melangkah kaki ke kaunter untuk membuat pembayaran tunai bagi pembelian minyak tersebut. Namun apabila setibanya dia di kaunter pembayaran tiada orang yang bertugas di kaunter tersebut. Hanya kelihatan mesin pembayaran yang masih online dengan keadaan kedai yang seperti baru lepas kena ombak tsunami.

Lia mengambil keputusan untuk masuk kedalam stesyen minyak tersebut. Keadaan sangat pelik, barang bersepah merata, rak-rak tertunggang langgang, peti ais yang menempatkan minuman juga pecah seperti dihentam oleh sesuatu. Lia gagahi juga dirinya untuk masuk kedalam untuk berurusan dengan penjaga kaunter. Baginya mungkin penjaga kaunter berada didalam ofis sedang berbuat sesuatu. Lia terus ke bilik yang ditandakan dengan penanda “staff only allowed”.

Hatinya bimbang juga mungkin sesuatu yang buruk telah terjadi dengan stesyen minyak tersebut. Namun beliau tetap dengan prasangka baik, mungkin stesyen minyak itu sedang buat stok check barangkali.

“Wei cepat sikit boleh tak, hang dok mengorat bangla ke ape?” – kata Ani menunggu di luar.
“Hang ni kalaw nak benda apa semua jenis tak dan-dan sunggoh.” – kata Lia.

Sedang lia memulas tombol pintu ofis tersebut dengan tidak semengena, dia merasakan kakinya seperti ditarik sesuatu. Tarikan seperti gengaman tangan manusia yang sedang menggengam bahagian buku lalinya. Terasa kasar tapak tangan gengaman tersebut. Lia toleh kebawah. Tangan seekor zombie sedang memegang erat buku lalinya. Dengan sebelah tangan lagi zombie tersebut patah. Muka zombie tersebut seperti sedang menagih simpati meminta pertolongan dari Lia. Namun kejadahnya zombie boleh berperasaan seperti manusia normal untuk meinta pertolongan selaian daripada ingin meragut daging panas manusia. Lia tekad.

“Haram jadah punya bangla.” – kata Lia

Dushh, satu penyepak sulung hinggap ke kepala zombie tersebut. Hampir tercabut kepalanya, namun dah nama pun zombie, tercabut kepala apalah sangat, terus erat lagi gengaman tangan menggengam kaki Lia.

“Barua, ini tak boleh jadi” – kata Lia lagi.

Dicapainya pemadam api yang digantung bersebelahan dengan pintu ofis stesyen minyak tersebut. Dihayunkan pemadam api tersebut ke lengan zombie. Dengan sekuat tenaga dan kudrat yang ada lengan zombie tersebut terputus dua. Gengaman dikakinya dileraikan. Sekali lagi hayunan dihayunan tepat ke kepala zombie tersebut. Putus. Meleleh darah memancut dari leher zombie. Mungkin tindakan tersebut agak ganas, tapi demi menyelamatkan nyawanya, terpaksa juga dihalalkan tindakanya.

Dibukaknya bilik ofis stesyen minyak tersebut. Tidak dijangka, 6 ekor zombie sedang mundar mandir didalam bilik tersebut. Seperti tidak keruan masing-masing. Tindakan Lia membuka pintu ofis tersebut menarik perhatian salah seekor zombie. Ini berikutan cahaya lampu dari ruang kedai menerjah ke dalam bilik ofis tersebut. Dari seekor, keenam-enam ekor berpaling kearah Lia. Lia kaget. Ini pertama kali Lia melihat zombie bertentangan mata denganya. Bukan hanya seekor, tapi enam ekor. Kali terakhir Lia bertentangan mata adalah ketika dia dicuba mengorat oleh mat Korea K pop di kelasnya.

Zombie berlari kearahnya, dengan pantas. Lia terus menerus menutup semula pintu ofis tersebut. Disendalnya tombol pintu itu dengan pemadam api yang dihayunnya tadi supaya sukar bagi zombie untuk membuka pintu. Lia segera ke kaunter pembayaran, berbekalkan manual yang disediakan oleh pihak supervisor stesyen minyak kepada pekerja baru, Lia membuat pendaftaran bayaran sebanyak RM50 bagi penjualan minyak. Segera beliau menunjukan tanda gengaman ibujari keatas- tanda good kepada Ani.

Selesai menekan enter, mesin petty cash keluar. Diragutnya helaian kepingan not RM50 dan RM 10 untuk bekalan menghadapi survivor mendatang. Sebelum keluar dari stesyen minyak tersebut, disentap juga minuman pemulihan tenaga, Gatorade beberapa botol. Lalu dia keluar dari stesyen minyak tersebut.

“Wei, stesyen minyak tu kene serang zombie, hang isi cepat sikit, satgi depa keluar serang kita” – kata Lia tergesa-gesa.
“Haram, hang lambat, hang suruh aku cepat pulak, sekeh pala satgi maw?” – kata Ani.
“Ni berapa hang topap ni?” – kata Ani lagi
“Aku bagi RM50 full tank punya. Hehe. Cukup?” – kata Lia, memerli.
“Hang ingat ni kancil ka apa. Haha” – balas Ani semula. 

BERSAMBUNG.

3 comments:

  1. amboi hang, ni kl bakar feat zombie ke?

    ReplyDelete
  2. satgi dia masuk bab alien plak. spoiler alert. haha

    ReplyDelete
  3. bakar feat zombie feat alien.amboi..

    ReplyDelete