Sabar

Aku bukan ahli agama mahupon ahli jawatankuasa masjid@surau. Tapi setelah mengobserve satu keadaan ni aku rasa macam nak menulis pulak pasal benda ni. Semua yang berlaku adalah kehendak Allah s.w.t. Jadi adalah hikmah disebalik semua tu. Anggap lah semua yang berlaku adalah dugaan bagi mendekatkan diri kita (aku sekalipun) supaya lebih dekat denganNya. Gua bagi hadis sepam untuk tatapan okay.


Nabi s.a.w bersabda,
 "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." 
(Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)






GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran



watak kegemaran gua mestilah:


Sebab gua rasa mamat ni jer yang boleh penuhi kriteria hat buasir otak nak 
OHSEMKREATIF, KARUT & GILA.
Haha

1st Paper

Harini 1st day final exam aku untuk semester 6. First paper subjek environmental studies. Berkisar pasal alam sekitar dah nama pon environment kan. Tapi agak malang rasanya macam half jer aku bole buat, lagi half aku jadi seorang environmentalist yang baru naik pangkat. Hentam keromo sahaja. Harap-harap carry mark boleh tolong push sikit markah untuk lepas dari zon penyingkiran. Mampuih Habaq Hang. 

awek cun sebagai pengubat duka.

Muhong

Semalam aku berjalan-jalan. Semuanya aku singgah. Jumpa lah dengan pakcik, makcik, akak, abang, adik, marka-marka lawa. Aku tegur depa semua. Tapi semua tak tegur aku balik. Haram jadah sungguh.

Sapa kata blogwalking buleh menambahkan polower hampa jangan dok muhong. Nak tambah polower, tempek gambar seksi, macho lancho jer besaq-besaq kat blog. Muhong sunggoh bak hang.


Istana Negara lama

Disebabkan aku adalah rakyat Malaysia yang berpegang teguh dengan prinsip rukun negara, jadi aku dengan  member pergi melawat istana negara yang lama. Entrance free, masuk kamera RM3.00. No conduct of code ape-ape. Masuklah dengan berpakaian seperti rakyat Malaysia. Jadi enjoice gambar-gambar yang aku sempat amik ni yer

entrance ke dewan pameran.

cop mohor diraja. pengesahan PTPTN kalaw buat dengan cop ni, yakni menjadi free.

hensem boy, with beautiful princes. hehe

pakgad diraja.

istana negara and me.

bangunan istana.

main entrance.

lepas pergi istana kami lajak terus ke tugu negara. ni kiranya macam lawatan sambil belajar edisi dewasa la. 

kepten Malaysia.

balik dari tugu negara, cadangnya nak p try makan kat Williams. pastu cari jalan, pusing punya pusing tak jumpa, maka menupai-nupai lah kami di tupai-tupai shah alam. 









KL Bakar

Juga disiarkan disini.
http://sepenaraya.blogspot.com/


“Barua masam betul ketiak kau ni.”
“Haram jadah sungguh, panas la hari ini gila! Dah la bejalan kaki dari Low Yat tadi macam haram punya sesak dengan ramai orang. “


Lia merungut kepada Ani perihal bau ketiak Ani yang masam menusuk hidungnya. Bau masam itu tidaklah semasam mana, tapi bagi kaum hawa yang pentingkan kecantikan dan kebersihan, sedikit bau sahaja sudah mengganggu environment mereka.


Panas. Ibukota Malaysia, Kuala Lumpur mencatatkan suhu yang agak tinggi 36 darjah selsius bagi dua tiga hari kebelakangan ini. Kesan dari rumah hijau justeru meningkatkan lagi kepanasan serantau (baca global warming). Kuala Lumpur juga tidak terlepas dari pembalasan alam akibat kerakusan manusia di bumi sendiri. Dua sekawan itu, baru sahaja sampai ke restoran makanan segera Mc Donals di Bukit Bintang selepas mengharungi terik matahari dari pusat membeli belah barangan elektronik Low Yat plaza. Asalnya Lia mencadangkan supaya menaiki kereta sahaja untuk ke restoran tersebut. Namun dibantah Ani yang mana mahu berjalan kaki – mahu eksersise katanya setelah sekian lama tidak berjogging akibat kecederaan tulang tendon jatuh dari bukit Tabur tempoh hari.


“Lega betul dapat duduk bawah air-cond”
“Tahu xpe! Kau lah, terhegeh-hegeh sangat kononyer nak eksersise la sangat kan. Kan dah berpeluh-peluh. Siap basah ketiak lagi. Haha.”


“Babi! Jangan cakap kuat sangat, malulah aku dengan mamat sebelah ni”. - Ani merujuk kepada seorang pemuda yang berseorangan yang kelihatan agak sasa badanya. Mungkin atlet rowing barangkali.


“Hey, aku takut bila mamat tu bau something masam kat ketiak kau, on the spot dia reject kau. Hahaha..” Berderai ketawa dua sekawan itu di ruangan atas restoran makanan segera tersebut.


Setelah seketika duduk, Ani bangun untuk beratur ke kaunter pembelian bagi membeli Double Cheese Burger untuknya, manakala Mega Mac untuk Lia rakanya itu. Ani sudah faham dengan selera makan Lia yang agak jauh panggang dari api dengan bentuk badanya yang kecil, tetapi memiliki selera seperti gadis yang mengidap obesiti. Kelihatan agak ramai remaja sekolah yang turut serta singgah ke restoran makanan segera tersebut. Pelbagai gaya dan ragam dapat dilihat. Dari imej K-Pop sehinggalah imej bertudung labuh. Barangkali baru pertama kali sampai ke Kuala Lumpur lalu tidak tahu hendak kemana dituju. Yang hanya difikiran adalah Bukit Bintang. Mungkin selepas dua tiga bulan imej bertudung labuh remaja itu bakal digantikan dengan fesyen hijabnista barangkali. Selesai seorang, seorang pula memberikan order kepada si pengambil order. Kitaran tugasan yang tidak berubah dari sebulan ke sebulan membuatkan si pengambil order berkebolehan senyum, mendengar order sambil menekan punat-punat di mesin order tanpa melihat. Sudah begitu cekap sekali.


Tiba giliran Ani untuk memesan makanan.


“Hai Selamat tengahari, makan sini ataw bawa pulang?”
“Hai, umm..saya makan sini jer”
“Okay, makan ape..?”
“Umm..bagi set regular Double Cheese Burger dengan Mega Mac”
“Air..? Coke?”
“Ok, air saya nak Milo dengan..umm, jap yer”


Ani memalingkan muka ke belakang dengan harapan Lia akan menoleh kearahnya. Ani terlupa untuk bertanyakan minuman yang dimahukan Lia sebelum pergi beratur untuk memesan makanan. Malangnya Lia tengah asyik dengan Ipadnya yang baru dibeli sebentar tadi. Sedikitpun tidak diendahkanya kepada Ani. Lalu Ani mengelui Lia dengan memanggil namanya beberapa kali.


“Lia..! Lia..!”


Lia tidak perasan dengan panggilan dari Ani. Justeru Ani memberitahu si pengambil order untuk tunggu sebentar sementara Ani mahu pergi ke meja Lia untuk bertanyakan tentang minumanya. Terdengar rungutan dari pelanggan yang beratur akibat daripada kelewatan yang terjadi.


Sedang beberapa langkah Ani hendak ke meja Lia. Dengan tidak semengena..BOOMM!! Satu letupan kuat berbunyi menyebabkan Ani terpelanting sehingga ke meja Lia. Keadaan di restoran makanan segera menjadi kelam kabut. Remaja sekolah lari bertempiaran. Tidak kurang pula yang sedang menadah tangan berdoa supa keadaan menjadi tenang. Abis kerusi meja bersepah di ruangan restoran tersebut. Kedengaran bunyi tangisan anak kecil dan suara meminta tolong. Cermin kaca bertaburan sehingga ke luar restoran.


“Wei, wei..apa jadi ni?”
“Kau tanya aku, mana aku tau!”
“Jom..jom..bangun, kita blah dari tempat ni..tempat ni nak terbakar ni gila!”


Ani yang sedari tadi terbaring dilantai bingkas bangun untuk keluar dari restoran tersebut. Calar-calar di tapak tangan diendahkan berikutan kekalutan yang terjadi. Ani dan Lia harus segera keluar dari restoran tersebut sebelum terdapat sebarang letupan yang mungkin akan menyusul lagi. Namun harapan mereka untuk keluar dari restoran tersebut kelihatan agak sukar kerana tangga yang menghubungkan tingkat atas dan bawah sedang marak dimakan api. Begitu cepat api menyambar tangga tersebut sehingga hampir keseluruhan kayu pelapik dibahagian atas sudah terbakar hangus.


Satu jalan shaja yang tinggal adalah dengan melompat ke bawah menerusi tingkap kaca yang mana cerminya telah pecah sebentar tadi.


“Wei, kita lompat boleh? Bontot kau yang injured haritu dah ok kan?”
“Ah, kita lompat jerlah..ok ke tak ok ke, aku nak lompat jugak dari hangus kat atas ni!”


Persetujuan dicapai, mahu tak mahu, harus juga melompat untuk ketingkat bawah seterusnya keluar dari restoran tersebut. Tangan mereka berdua saling berpegangan. Rasa sedikit cuak mula timbul walaupun tinggi tingkat atas ke bawah hanyalah 4 meter. Bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti lasak, mungkin ini adalah satu cabaran yang besar. Barangkali ya, mungkin jika tersilap mendarat, kaki boleh terkehel mahupun patah.


“Ok, satu..dua..tiga, lompat!” booommm!!


Seraya mereka berdua lompat, satu letupan sekali lagi kedengaran dari tingkat atas. Namum tindakan pantas mereka dengan mengambil keputusan untuk melompat dari tingkat atas telah menyelamatkan mereka berdua dari hangus disambar api. Setelah berjaya melompat kebawah, dua sekawan itu lega kerana mereka telah terselamat dari musibah yang menimpa. Dari rancangan untuk menikmati hidangan Mc Donalds telah berubah menjadi seperti aktiviti lasak di musim cuti.


“Lia, cuba kau tengok depan tu..”


Jangkaan mereka meleset sama sekali, terlepas satu bahana, bahana lain pula yang muncul. Monorail yang terjatuh dari landasan terbakar. Kelihatan mayat bergelimpangan sambil beberapa orang yang sedang nazak. Kenderaan terbabas ke tepi jalan, terbakar juga. Kedengaran siren bomba entah dari mana sedang bergegas entah ke mana. Orang ramai lari bertempiaran kesana kemari. Pokok-pokok disekitar jalan Tun Abdul Razak terbakar dengan api yang marak. Beberapa manusia terbaring sambil diberikan rawatan oleh entah siapa-siapa akibat kulit melecur dengan teruk. Traffic light meletup, bangunan-bangunan terbakar, pokok-pokok terbakar, kenderaan terbakar. Semuanya terbakar. Kuala Lumpur terbakar barangkali.


 BERSAMBUNG

windows 8


Sedang aku bosan-bosan menulis thesis, cuba install Windows 8 Preview Release yang baru download 2,3 hari lepas. Overal memang GUI dia menarik. Bagi pengguna Windows tegar, memang tercari-cari mana start button. Start button memang tak wujud dah, tapi diganti dengan GUI seperti diatas. Dari situ, semua benda boleh access. Pastu build in apps yang lain nampak menarik jugak.

Walaupon Windows 8 ni dihentam oleh user Windows tegar disebabkan start button jer, tapi bagi aku ok ape. Nampak lagi stylish. Windows 8 ni sbenarnya di optimize dengan touch screen user dengan high speed internet. Tapi bagi tetikus user jangan risau sebab function mouse juga disediakan. Cubalah hari ini. Sekian terima kasih.