Backpacking Cameron Highland (Day 1.2)

Backpacking Cameron Highland (Day 1)
Backpacking Cameron Highland (Day 1.1)

Sampai Tanah Rata, aku dengan Kimi pening nak pergi mana. Aku cadang dekat Kimi, jalan-jalan dulu area Tanah Rata ni, tengok apa yang ada, pastu baru decide nak pi mana. Aku tak tawlah, mungkin aku perasan Kimi ni muka macam stress dok pikir nak tidur mana malam ni. Tapi dia tak nak bagitahu ke-stressanya. Aku pon malas nak mention sangat soal nak tido malam ni, just jalan-jalan dulu tengok kedai-kedai sekeliling. Then aku decide dengan Kimi untuk lepak dekat mamak kat Tanah Rata ni. Lepak minum, makan pastu baru pikir nak tidur mana, esok nak buat apa. Sebelum berenti lepak tu, beli map Cameroon sekeping untuk guide aktiviti kat atas tu nanti.

Jumpa mamak kat atas tanah rata tu, Restoran Kumar dengan Restoran Sri Brinchang. Dua-dua serve alkhohol. Diatas niat dan nawaitu yang yakin bahawa minuman yang akan sampai nanti tak menngunakan gelas yang sama dengan air alkhohol tu, kami sepakat singgah ke Restoran Kumar. Huh, boleh duduk atas kerusi, walaupon kerusi besi, rileks-rileks disamping cuaca sejuk malam memang layan. Mana tak nyer, dok menanggung backpack berat kehulu kehilir agak sakit bahu jugak lah.

Restoran Kumar

Restoran Sri Brincang
Asalnya nak minum-minum sambil decide nak tido mana dengan aktiviti besok nak buat ape, sekali Kimi bermurah hati untuk mengopen table pulak malam tu. Ape lagi, melantak jer la. Aku mintak nan tandoori, si Kimi mintak nasi set. Ulasan untuk makanan tu, boleh lawat blog jom makan-makan ye. Sambil tengah tunggu makanan sampai, bincang kejap dengan Kimi aktiviti besok. Aku decide nak naik gunung dekat Cameroon ni sebab itu main objectivenyer. Kimi on jer dengan cadangan aku. Sedang dok sembang pasal cadangan besok, kebetulan sebelah meja kami, ada geng 1 Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India dok melepak minum-minum. Umur dalam pertengah 40 rasanya. Sekali India tu tegur aku nak pergi mana, dari mana, tidur mana. Ramah juga orang kat Tanah Rata ni. Mungkin dia tengok aku dengan Kimi bawa backpack kot. Kami just bagitahulah, dari Shah Alam, sesaje datang Cameroon nak jalan-jalan. Pastu keluar soalan yang ditunggu-tunggu oleh aku dan Kimi. Haha. Dia tanya pulak nak tidur mana. Aku cakapla yang kami tiada tempat tidur lagi, cadangnya nak tidur masjid jer, tapi masjid pun tak tahu kat mana. 

makanan sponser
makanan pihak penaja
Kebetulan India tu towkey hostel, tp malangnya hostel dia penuh pulak malam ni. Dia ada offer nak bagi tidur dekat guest room di kuil yang disumbangkan beliau kat tanah rata ni. Tapi considered lagi masjid sebab tak kanlah orang Islam nak gatal tangan tido dekat guest room kuil kalaw masjid available ye dak. Finally aku just tanya dia direction ke masjid kat mana. Then setel hal untuk tidur malam tu. Lega hati. Yang Kimi dok risaw takut tak boleh tido kat masjid tu. Alahai. India tu merupakan manager Public Bank kat Tanah Rata tu, tapi keramahan beliau yang buat aku kagum. Tak ada nak belagak macam sesetengah orang yang berjawatan tinggi. 

Navigator tak bertauliah
Selesai makan, selesai decide besok pagi nak pergi mana, kami terus gerak ke masjid ikut direction yang dibagi pakcik India tu. Jalan pulak lebih kurang 20 minit ikut ke masjid tu. Sampai jugak akhirnya. Tengok sekeliling gelap jer, aku usha dalam masjid, sah memang ada traveller yang tido dalam tu. Kiranya allowable lah untuk tido masjid tu. Hilang satu masaalah, tu pon Kimi ajak tidur dekat koridor masjid jer. Stress betul aku dengan cadangan beliau. Sebab tu aku pesan awal-awal lagi, kalaw nak travel style backpack ni, hati kena kering, tak payah pikir selesa dalam masa yang sama cuba yang terbaik dan termurah untuk dapatkan keselesaan tu. Yang penting experience gained. Itu jer. Nada sedikit stress disitu. 

Masjid yang menjadi sasaran.
Sampai masjid, masuk ruang tepi masjid bahagian dalam, letak backpack, landing time. Satu yang tak best kat masjid ni, pengawal merangkap petugas masjid ni kot. Bapaklah punya kerek. Dalam pukul 2 pagi macam tu kot, aku terjaga dengar dia bertekak dengan foreigner mana entah, tak nak bagi deorang tido dalam masjid. Bagi pendapat aku, memnag deorang tu bukan Islam, tapi tak salah untuk bagi deorang tido dlaam masjid kat bahagian tepi masjid tu, port yang sama aku tidur. Bukan nak suruh deorang tidur dekat ruangan solat utama. Maybe perception foreigner tu terhadap Islam dah jadi buruk. Terlalu stereotype terhadap orang bukan islam terhadap penggunaan rumah ibadat. Gua nak tidur pon jadi tak senang. Dah la sejuk melampau gila walaupon pakai sweater dengan gabungan kain pelekat. 

Kesokan harinya, awal pagi dah  bangun, 5.30am. Tak pernah aku bangun seawal ni melainkan masa sesi orientasi sekolah jer. Tak puas betul tido. Nak buat macamana dah nama pun menumpang masjid, kenelah bangun subuh on time ye dak.haha. bangun, pergi toilet, mandi-mandi sikit. Memang aku mandi-mandi sikit jer, sebab air sejuk gila punya pagi tu. Pastu solat subuh berjemaah. Pukul 6 setengah keluar dari masjid, dan  bermulalah hari kedua di tanah rata...

1 comment: