Main Banyak

Setiap kali jumpa member, kawan, stranger soalan macam ini mesti keluar. "Macam mana hang boleh join rowing?" Alkisahnya masa aku part three dahulu, budak-budak diploma lepasan Politeknik kena amik lagi subjuk ko-kurikulum ni. Aku amik sukan kriket. Jadi setiap rabu petang, turun pusat sukan main kriket lah. Suatu petang ini, masa habis sesi ko kurikulum, aku ada terbaca satu flyers UiTM Rudern nak cari krew baru. Mula-mula tu, menatang apa UiTM Rudern pon aku tak tahu. Sekali Google, baru taw rudern tu mendayung dalam bahasa Perancis kot. Macam biasa akan ada general meeting untuk budak-budak baru yang minat dengan rudern ni. Masa tu aku dok sewa rumah luar, tak masuk kolej lagi. Sekali ada meeting tu aku ajak si Hakimi tolong temankan. Kesian pulak kat dia kena tunggu lama kat luar. Start dari situlah aku terjebak dengan sukan mendayung ni.



Masa part three aku dah mula giat dengan sukan ni sampai terpilih untuk selection team PKS Malaysia. Tapi disebabkan zaman itu aku masih lagi dengan ex, jadi aku amik keputusan tak pergi kem untuk PKS tu. Terus dengan training pon aku menghilang. Coach aku punya la kol pagi tu, rasa nak angkat pon takut. Tak tahu nak bagi alasan ape. Start part 5 aku dah jadi forever alone, aku join balik dengan rowing ni. Pergi training. aku tengok semua muka budak-budak baru jer. Segan pon ada. Mana taknya, nak tarik ergo pon sorang-sorang jer, budak lain semua tak kenal. Pastu aku cadang, baik aku tanya member sebatch aku, Rais dia nak main lagi ke tak. Selamat dia pon bersemangat macam aku, nak main balik. Mula dari situlah, aku trening gila-gila.


Sem 5 aku dapat lagi pangilan untuk selection PKS Rowing Malaysia. Kali ini aku pergi. masa tu time survey kem, aku sneak out bodoh macam tu jer. Tekad dalam hati, bukan senang nak dapat selection PKS ni. Nak jadi ape dengan survey kem jadilah. Alhamdulillah, lekat jugak aku dengan team PKS Malaysia. Untung banyak, makan support, trening ada elaun, transport pon ada elaun. Patutlah atlet semua kaya-kaya.



Masuk sem 6, MASUM nak start. Coach dah bagi trening schedule. Aku just follow jer trening schedule tu, sampai la masum baru-baru ini, aku main double entry. Boat 8 dengan 4+. Alhamdulillah, first competition aku dengan rowing, dah boleh dapat medal. So target aku lepas ini, Asia cup, kalaw UiTM nak hantar, Varsiti Boat Race nak at least bronze dengan mudah-mudahan dapat jadi atlet rowing Malaysia suatu hari nanti. Bulan 11 ni PKS nak hantar atlet ke Russia, aku punya target setakat ni Russia yang paling tinggi. Semoga aku tak give dan trening hard.


11 comments:

  1. eh gambar atas sekali dua dari kiri tu nama sape ek..kawai i nak berkenalan......**gerdiks

    ReplyDelete
  2. https://www.facebook.com/shafieR8

    hambik kaw.

    ReplyDelete
  3. salam.. kt sp ada indoor rowing x agak2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, rasanya tak ada. or saya tak tahu. tapi penang ada. usm. rowers jugak?

      Delete
  4. hah. awt jauh sgt.. rowers gak.. hang dok sp kt mna?

    ReplyDelete
  5. dekat dh kita.. aku dok kt bawah belah kubur hindu nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang dari uni mana? vbr nanti leh la sembang2

      Delete
  6. haaa.. elok la tuh nnt kita sembang2 la noh tem vbr.. aku dok uthm

    ReplyDelete