BN Take a High Risk

Umum sudah tahu dengan kemenangan Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Kes yang tertanguh sejak sekian lama, berakhir dengan keputusan ditangan ketua pembangkan. Timbul pelbagai spekulasi dan justifikasi dengan kemengangan tersebut. Bagi aku kemengangan Anwar Ibrahim adalah sebahagian daripada perancangan UMNO-BN dalam strategi untuk mendapatkan perhatian rakyat dalam PRU yang akan datang. Justifikasinya adalah seperti berikut.


BN adalah BN, UMNO adalah UMNO.
Sedia maklum dari zaman Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri, banyak asakan dan dugaan yang ditempuhi UMNO-BN. Yang paling nyata, kemunculan parti keadilan rakyat yang ditubuhkan semasa Anwar ditahan dibawah ISA. Pastu PAS join dengan keadilan jadi pakatan rakyat pulak. BN-UMNO jadi lagi glabah, rakyat dah berbelah bahagi siapa yang betul siapa yang salah. Strategi pakatan rakyat menggunakan modal kekejaman ISA memang  berkesan dalam menarik perhatian rakyat, sehingga tahun ini modal ISA dilihat seperti unstopable and undeniable. Rakyat Malaysia yang rata-rata bangsa Melayu memang terkenal dengan sifat mudah kesian, lemah lembut. Kalaw tak peminta sedekah tak semakin ramai la. Sangat sensitif dengan akta ISA, dimana kerajaan boleh menangkap sesiapa sahaja yang dilihat boleh menggugat perpaduan dan kestabilan negara. Sampai ke tahun ini pentakbiran kerajaan seperti mahu menggugurkan akta ISA, ini menunjukan tiada apa yang boleh diovercome dengan isu ISA ini.  Dari zaman pemerintahan Mahathir Mohd sehingga Najib, makhamah boleh dilihat dimonopoli oleh pihak kerajaan. Rakyat yang semakin alert dan ambil tahu dengan pentakbiran dan politik negara telah sedar dengan isu mahkamah berpihak kepada kerajaan dari kes-kes yang melibatkan pegawai tertinggi kerajaan seperti Altantuya, enjin kapal terbang dan beberapa kes lain. UMNO-BN telah mencanang satu Malaysia bahawa Anwar Ibrahin adalah seorang peliwat, agak mengejutkan keputusan mahkamah baru-baru ini yang membuktikan Anwar tidak meliwat Saiful Bukhari. Kalaw diikutkan logik akal, Anwar senang-senang sahaja boleh disabitkan dengan kesalahan meliwat. Anwar yang kena simpan lama oleh mahkamah dilepaskan macam tu jer. Memandangkan PRU yang hampir tiba, banyak isu yang  BN-UMNO perlu overcome sama ada yang timbul sebelum ini dan isu-isu lama yang dimainkan pihak pembangkang. Isteri najib, Rosmah yang tak reti nak buat kerja jahat sorok-sorok jugak salah satu faktor rakyat mula berpaling tadah dengan UMNO-BN. Isu festival pameran fesyen Islam, isu cincin, permata dimainkan pihak pembangkan dalam meraih sokongan rakyat. Dari situ nampak dah ke-fail-an-nya.

Apakah motifnya Anwar Bebas? kita boleh lihat, seminggu sebelum perbicaraan pihak berkuasa membenarkan perhimpunan di perkarangan mahkamah. Ini agak pelik kerana kerajaan julung-julung kali membenarkan pengikut pihak pembangkan berhimpun seperti hendak menunjukan bahawa kerajaan adalah bersifat adil dan samarata kepada semua rakyat. Walhal umum sudah tahu kerajaan sangat tidak suka dengan perhimpunan apa sahaja yang dianjurkan pembangkan yang boleh kita lihat dari peristiwa BERSIH tempoh hari. Sehari sebelum perbicaraan, yang ni aku tak taw sapa betul sapa salah, polis cakap Azmin Ali bohong dan  ingkar dengan syarat permit berhimpun yang dibenarkan. Entah la labu. Kerajaan nak amik hati rakyat tapi tak taw kaedah pastu buat last minit, jadi camni la. Bagi aku kalaw kerajaan hold dulu kes Anwar dengan Saiful Bukhari sampai lepas election, itu tak jejaskan apa-apa. Kemon, rakyat Malasyia style cepat muak dengan satu-satu isu. Sebelum ni pon isu Anwar dengan Saiful bukhari dah slow. Pembangkan banyak main isu AUKU dengan kebajikan. Ni tup tap Anwar lepas, konpem satu Malaysia kita alert balik dengan isu ni. Pastu Anwar pulak yang menang, macam-macam spekulasi la keluar. Macam yang aku tulis ni la. Tak pasal-pasal jer kerajaan dapat nama buruk lagi bila nak dekat dengan PRU. Slow la kerajaan ni, taktik sloww.


Mahasiswa
Ni lagi satu isu yang hangat sekarang, isu mahasiswa start dengan isu AUKU lagi. Aku heran jugak dengan student ni, lagi nak pilihanraya lagi kuat pulak deorang main isu AUKU. Macam ada satu mangkin yang buatkan deorang lagi gigih main isu ni. Kerajaan pulak sangat strict dengan isu ini, pastu tak reti nak menjawab persoalan pelajar denga baik. Baru-baru ni timbul isu Adam Aidil, budak UPSI yang turunkan bendera najib kat PWTC. Tanda protes AUKU katanya. Yang ini kerajaan strict pulak, terus budak tu kena gantung tiga semester. Sepatutnya kerajaan boleh deal baik-baik dengan budak tu. Time nak pru ni kerajaan macam cari pasal jer dengan mahasiswa uni-uni kat Malaysia ni dengan menggantung budak tu. Kompen PRU next ni student-student pon berbelah bahagi nak undi yang mana satu. At least kalaw aku jadi mastermind kerajaan, aku akan tukar budak tu ke uni lain. Tak nampak kejam sangat, kalaw agak nak menyusahkan budak tu, suruh dia repeat dari semester satu balik. Ini lagi better dari gantung pengajian. Istilah gantung tu pon dah nampak kejam sangat-sangat. Walaupon kerajaan dah bagi baucer 200 untuk tarikan student, yang boleh kita lihat macam nak bodek student bila dekat dengan PRU ni, tapi student yang layak mengundi ni pon koman-koman diploma, bukanya budak-budak kecik. Deorang dah boleh paham tu semua taktik kerajaan jer. Dekat nak mengundi dapat baucer RM200, lepas PRU ni, next 3 taun konpem tak dapat ape punya. Setahun sebelum tu, mungkin ada baucer lagi. haha

Gomen naik gaji.
Ini bagus, tapi time nak PRU baru cakap naik gaji ini jadi tak bagos. Kemonla kerajaan, nak dapatkan hati rakyat jangan buat last-last minit, semua orang boleh nampak kata hang nak bodek rakyat. Mastermind kerajaan ni agak selow dalam strategi la. 

Kalaw main Red Alert pon, last-last minit baru nak push enemy, memang susah nak menang. At least kena la push awal sikit-sikit.  

3 comments:

  1. da gi stu.... nt dkt pilihn rya bnyk jalan jem.. sbbnya, sbuk nk turap jln bgi elok...:) yg selama nie jln tnh merah lak, jdi jln tar..

    ReplyDelete
  2. sejak bila hang layan politik ni?

    ReplyDelete