Backpacking Cameron Highland (Day 1.1)

Backpacking Cameron Highland (Day 1)

Last aku cerita sampai mana? Oh stesyen bus Tanjung Malim.
Yes, di stesyen bus Tanjung Malim, kami kena pergi ke Sungkai. Sementara tunggu bus sampai, sempat beli roti Gardenia dengan Kaya buat bekalan kat Cameron nanti. Haram ape aku nak cerita ni, macam tak dak idea jer nak menulis. Ok, rilex take a deep breath. Tungu punya tunggu, dalam setengah jam berikutnya bus ke Sungkai sampai. Macam biasa, kalaw bus kawasan pedalaman ni, jenis bus agak season sikit. Sama macam aku travel dari Sungai Petani ke Shah Alam, masuk kawasan Perak, bus jenis lama jer ada. Jenis free air.

Dari Tanjung Malim ke Sungkai tambang bas RM3.80. Sepanjang perjalanan, ada lalu dekat area Felda Trolak Selatan. Kawasan ni memang kenangan jugak sebab masa family aku stay kat KL, selalu jugak datang melawat rumah Paklang aku di Felda Trolak Selatan ni. Makan-makan tepi bukit sambil tengok kereta lalu lalang memang sangat bes. Tapi itu zaman kanak-kanak dahulu la. Sekarang tengok kawasan Felda ni pon dah maju, tiada lagi hutan-hutan kat entrance dia. Kalaw siapa-siapa perasan entrance untuk masuk ke Felda Trolak Selatan ada dalam buku kajian tempatan darjah enam. Setiap kali aku tengok gambar tu, mesti teringat jer umah Paklang aku. haha.


Tiada apa sangat yang boleh buat on the way ke Sungkai ni. Aku just layan pemandangan kat luar bus, tengok pokok-pokok, bukit-bukit. Entah rasa layan jer aku tengok semua tu. Mungkin minat sama kot. Setiap kali travel, bila bus lalu di kawasan hutan, bukit, memang aku suka dengan pemandangan tu. Sambil-sambil imagine kalaw aku boleh jalan-jalan dulu dalam hutan tu. Sebab itu aku suka balik ke Shah Alam dari Sungai Petani waktu siang. Sebabnyer boleh tengok pemandangan macam itu lah.

Lebih kurang 45minit dalam bas, sampai ke Sungkai. Dari Sungkai kena naik bus ke Tapah Road pula. Di Sungkai, tiada proper stesyen bus, ada macam port bus tinggalkan penumpang tepi jalan jer. So untuk ke Tapah Road, kena tunggu bus dari Sungkai ke Tapah pula. Alhamdulillah, tak tunggu lama sebab dalam 5 minit, bus ke Tapah Road sampai. Tambang bus ke Tapah Road RM3.00. Lagi sekali, duduk jer dalam bus, sambil tengok view dari luar tingkap. On the way ke Tapah, langit dah mula gelap tunjuk tanda-tanda nak hujan. Aku tengok muka Kimi macam dah cuak dah. Aku pon cuak jugak sebab takut tak sempat naik Cameron pada hari itu jugak. Aku yakin kan Kimi yang bila sampai ke Tapah, confirm tak hujan punya. Lebih kurang setengah jam, sampai ke stesyen bus Tapah.


Menurut ape yang aku Google dari laman web mengenai jadual bus dari Tapah ke Cameron Highland,  akan ada bus setiap 45minit. Jadi aku tak risaw sangat bila dah sampai ke Tapah. Rupanya tidak, sampai jer di Tapah, tanya dekat apek jaga counter ticket, rupanya bus naik ke Cameron ada dua trip jer setiap hari. Pukul 12 tengahari dengan 2.30 petang. Kami sampai ke stesyen bus Tapah lebih kurang jam 3.15 petang. Confirm missed. Babi cuak jugak pikir kalaw tak ada tiket ni, memang mati la. Tak kan nak bermalam di Tapah, bapak buang masa jer nanti. Sekali tanya dengan auntie India di kaunter tiket satu lagi, dia cakap ikut nasib, selalu kalaw ada bus express yang nak naik ke Cameron Highland, kalaw bus itu tak penuh, dia akan singgah ke stesyen bus ni untuk amik orang lagi. Lagi setengah jam, auntie tu akan confirm balik bagitahu ada bus ke tak. Memang masing-masing muka cuak. Kesian kat Kimi sama, baru first time travel kena camni, dia dah start pikir nak tido motel la, rumah tumpangan mana la. Haha. Aku pesan kat dia, rilek jer, mesti ada bus punya. Kita tunggu jer.

Sementara tunggu bus yang janji sampai jam 4.30 petang, Kimi ajak aku jalan-jalan dulu tengok-tengok kedai buku sekitar pekan Tapah ni. Sempat jugak nak cari masjid nak solat Zuhur dulu. Abis pusing satu pekan Tapah, Kimi pun dah jumpa dengan buku yang dia minat, singgah solat jap kat masjid Tapah. Abis solat, ada seorang pakcik ni tegur aku. Aku ingat ape benda dia nak cakap. Dengan aku rushing nak ke stesyen bus balik. Dia tanya ada tercicir duit tak? Cepat-cepat aku pikir, nak haremm aku punya duit yang sorok dalam stokin mesti tercicir masa bukak kasut tadi. Selamat pak cik ni perasan jugak yang aku tuan punya duit. Kalaw tak mati, memang jalan-jalan buta jerlah kat atas Cameron tu. Lega ya ammat. Ada rezeki jugak arini. Dengan aku sendiri terlupa yang aku letak duit dalam stokin. Bukan ape, untuk mengelakan aku dipaw abis-abisan oleh mat-mat paw, better aku sorok sikit duit. Dari kena paw semua, satu sen pon tak tinggal lagi naya.

Bus naik ke Cameron sampai lebih kurang 5.45 petang. Nampak jer bus tu sampai ati rasa lega gila. Boleh jugak sampai ke Cameron dalam hari itu. Bayar duit tiket dari Tapah ke Cameron Highland RM13.00, walaupon sepatutnya dalam internet cakap paling mahal pon RM8.00. Tak kisah la, janji sampai atas sudah. Sekali dengan aku dan Kimi nak naik ke Cameron, ada 4 orang budak, baru abis sekolah kot. Tengok gayanyer lah, dengan mat foreigner and kawan ke awek aku tak taw, maybe dari Russia kot. Naik bus jer, bersepah foreigner lain dalam bus. Rasa travel tu tiba-tiba jadi kuat sikit bila tengok ramai foreigner dalam bus. Haha.

Dalam bus, nak naik ke Cameron memang aku tak tido sebab tak boleh tido walaupon aircond dia sejuk melampaw. Aku tengok belakang, kimi dah terlentok penat. Tengok kanan mat Bangla smart pon dah terlentok. Ape nak buat layan jer la scenary walaupon malam tak nampak ape sangat. 3 seat depan mat Philippines dok bercengkarama drama Philippines apa entah dengan awek dia yang agak macam haram jugak perangai bila dua kali aku tengok. Dok tergedik-gedik, rilek-rilek sudah. Orang lain pon dengan travel partner tak gedik macam hampa pon.

Sampai Tanah Rata dalam jam 9.15 malam. Sejuk boleh tahan jugak walaupon tak sesejuk 5 tahun yang lepas.

1 comment:

  1. sorok duit dlm stokin tu yg x tahan tu. lawak2. sempoi lah. walaupun bus buruk, tp sgt cantik & bersih ja.

    ReplyDelete