10 Muharram 1433H

Assalamualaikum,

Semalam dengan hari ini kecoh di wall-wall FB berkenaan dengan puasa pada 10 Muharram 1433 Hijrah. Puasa? oh tidak, bukan kerana aku seorang penganut illuminati freemansion mahupon black metal, tapi disebabkan aku serius sakit tekak tambah rasa nak demam hari ini. Niat dah malam semalam nak puasa, tapi apakan daya, orang sakit tak diharuskan berpuasa menurut Wikipedia lah.


Justification kenapa disunatkan berpuasa pada 10 Muharram adalah, insyaalah, pahala dilimpahkan berganda-ganda kepada orang yang berpuasa sebab hari yang juga dipanggil hari Assyura' ini terdapat banyak event-event penting dalam sejarah islam. Antaranya adalah:
  1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  4. Allah menjadikan 'Arsy.
  5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  7. Nabi Adam a.s. dicipta.
  8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Bagi yang berpuasa, alhamdulillah diucapkan, bagi yang tidak pula, jangan hampa, ibadah sunat sentiasa ada untuk dilakukan.  


Wassalam


Notakaki: Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram, jadi untuk membedakan antara puasa yahudi dan pausa islam, disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram. Kalaw tak boleh, 11 Muharram pon tak apa.


data dikopipes dari : http://janggeltrekking2.blogspot.com/2011/12/10-muharram.html

No comments:

Post a Comment