Raya Haji

Raya Haji atau nama lainya Hari Raya Aidiladha merupakan satu simbolik kepada pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail, bagi menurut perintah Allah dimana Allah hanya nak test ketaatan beliau jer. Lepas beliau pass the test then anak dia, Nabi Ismail disubstitute dengan saekor binatang yakni bernama Kibas.

Raya Haji dirayakan pada setiap 10 Zulhijjah pada setiap tahun dalam kalendar Islam. Lebih kurang macam Raya Aidilfitri jugak, ada solat sunat Aidil Adha pada pagi raya Haji, walaw bagaimanapun aku tak pergi sebab aku Western. Mana tak Westernya, pagi raya pon dah melantak nugget bersama fries dah. Tiada istilah rendang, ketupat mahupon lemang Pak Tih Tikam Batu. Ini semua adalah kerana mak bapak aku pergi menunaikan haji di Mekah. Tapi jangan risaw, sewestern aku pon, pagi-pagi aku solat jugak subuh walaupon dikenali sebagai subuh gajah.

Raya haji kali ini , rasa macam boring jugak sebab tak ada feel raya pon. Orang sembelih lembu pon aku tak pergi tengok. Nak mengharapkan daging free supaya boleh dibuat barbeque pon, orang suraw tak buat delivery dah kot. Bai De Way, Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Agi Idup, Agi Ngelaban" kata Lembu ini.
pictures courtesy of : Ustaz Azhar Idrus - kot.

No comments:

Post a Comment