Indonesia Raya.

Seperti sedia maklum, malam ini ada perlawanan Malaysia menentang Indonesia edisi sukan SEA ke berapa tak taw, yang dikelolakan oleh negara Indonesia. Sana sini di mana-mana mahupon di wall-wall Facebook, terdapat post-post mengenai perlawanan tersebut walaupon assignment berlambak haram satu pon tak siap lagi. Ada yang giving hope, ada yang condemn, ada yang baru start nak tengok bola. Perlawanan malam ini boleh dikatakan epik jugaklah sebab semua telah sedia maklum, pasukan bolasepak Indonesia sangat tak puas hati apa pon gua tak taw dengan pasukan bolasepak Malaysia nih. Bukan dalam permainan bola sepak jer, malahan edisi SEA games kali ini pon kita nampak Indonesia such macam nak aniaya, mengajing, team Malaysia.


"Perseteruan Malaysia-Indonesia aku anggap memang paling sengit dalam seluruh ASEAN ini. Kalau dengan Singapura pun kita tak macam ni punya teruk. Indonesia kalau dengan Timor Leste pun biasa-biasa juga. Myanmar dengan Thailand yang berperang gajah sebagai Burma dan Siam sebanyak 19 kali beratus tahun dulu sampai jadi Nang Nak dan Bang Rajan pun tak macam ini punya dendam. Sama juga dengan Thailand dan Kemboja yang sekarang masih sibuk berebut kuil. Kemboja yang 33 tahun dulu kena langgar dengan 150,000 askar Vietnam pun tak ada nak kecil hati sampai ke Sukan SEA (tapi itu sebab Vietnam tolong hapuskan Pol Pot dan Khmer Rouge).


Tapi Malaysia dan Indonesia masih terbawa lagi dengan cerita Konfrontasi atau Ganyang. Masih lagi berebut Rendang, Rasa Sayang dan Manohara. Kalau dalam badminton masih nak berebut jadi nombor 2 paling power di dunia selepas China. Kalau dalam silat olahraga tak kisah Vietnam menang pingat emas asalkan Malaysia dan Indonesia boleh berebut pingat perak. Dalam bola sepak pun sama, tak layak Piala Dunia atau Piala Asia tak jadi hal janji dapat menang ke atas satu sama lain. Hatta dalam acara terjun aku tengok Indonesia berusaha mengejek penerjun Malaysia yang memang power dan menang pingat emas walaupun penerjun Indonesia kebanyakannya hampeh (melainkan dalam acara PATI terjun tongkang buat melarikan diri dari pak polisi marinir Malaysia).


Macam pernah aku tuliskan masa zaman Piala AFF 2010 sudah, persengketaan Malaysia dengan Indonesia ini bukan asal dari Sukarno yang mula-mula berteriak 'Ganyang Malaysia!'. Persengketaan ini ribuan tahun dulu punya cerita bermula dari zaman Srivijaya lawan Majapahit. Kalau tak memang tak ada sebab Parameswara lari dari Srivijaya dan mengasaskan Melaka. Tak percaya boleh tanya Sultan Melaka sekarang, Raja Noor Jan Shah." - Sokernet. 


Tadi dalam paper, ada berita pasal Indonesia mengikut pandangan aku saja nak provoke Malaysia dengan raise flag Malaysia yang tak cukup sifat masa sesi penganugerahan medal kepada atlet Malaysia. Pasukan bolasepak pulak, dengar cerita masa training satu padang dengan Indonesia di Gelora Bung Karno kot, tak bertegur siapa dengan player Malaysia.


Malam ni El-Clasico' versi south east Asian. IMHO, Malaysia nak menang dengan Indonesia agak susah mengikut pemikiran aku. Mana taknya masa main dengan Cambodia, main macam palat tung-tung. Aku menengoknya pon stress macam gila lagi. Ingat main liga IPTA ke player-player Malaysia oi. Setakat ni yang nampak boleh gagah main dan steady Badrul Bahtiar merangkap skolmate aku, nak mention jugak, cam haram dan Izzaq Faris, player Terengganu. Yang lain tengok main, sedih jer.


Satu benda yang aku noticed team Malaysia ni main dari zaman dahulu kala (tak termasuk zaman Mokhtar Dahari sebab aku belom lahir lagi) sampai ke sekarang, ball passing macam haram jadah. Serius. Aku pon tak taw apa masaalah depa ni. Couch pon tak nampak ke masaalah ni dari perlawan yang lepas. Setiap game, ball passing at least 50% mesti error. Come-on, basic football jer tu, sepatutnya itu yang kena mahirkan dahulu, bukan mahirkan skil pusing-pusing bola apa jadah yang lain. Aku bercakap ni atas dasar peminat yang mahukan senario bolasepak Malaysia menjadi lebih berjaya dan dikenali ramai, bukan just kalah condemn, menang sokong.


By the way, team rowing Malaysia dapat first medal dalam SEA games. Walaupon dapat gangsa jer, tapi itu worth a lot. Gandingan rowers UiTM dan UTHM. Bangga gila. Rowers UiTM tu namanya Alip Hadi. Masa aku baru-baru join rowing dulu, mamat ni lah dan kengkawanya yang lain, teach me how to rowing effectively. Menengok dari badanya yang fit dan tangan macam ubi kayu gemok, memang aku tak heran dia ni bole row dengan kuat dan gagah perkasa. Tahniah rowers. Sekian terima kasih.

Pictures cilok dari Sokernet.


PS: Aku tak puas hati indoor rowing untuk team FSPU, Sukan Antara Fakulti (SAF) UiTM edisi 2011 ni tak buat selection dulu, terus pick camtu jer. Haram!

*Hey, aku mai rowing sampai dapat pergi selection untuk SEA games lah, tapi entah mengapa aku mangkaq malas tak maw pi time itu.

3 comments: