RM 57.10 (Part 3 - End)

Part 1
Part 2

Lama jugak sembang-sembang dengan pakcik tu. Tup tap sampai ke Taiping. Jam pukul 4.15pm. Haram tak pernah sampai kat Taiping ni, aku rasa pelik jer, awat kuno sangat stesyen bus dia. Macam lorong belakang bangunan jer, bas semua kaler biru dengan merah. Persetankan semua itu, rushing cari tiket, selamat ada, tiket pukul 4.00pm, tapi jam pukul 4.15pm sekarang. Confirm sekali lagi, memang betul bus ni delay lambat sikit dari jadual asal. Tunggu lima minit bus sampai. Gerak pulak sekali lagi dari Taiping ke Ipoh. Tambang RM8.40. Aku dok berharap bus ni laju sikit sebab dari Ipoh, nak ke Kampar pulak amik barang. Ipoh ke Kampar lebih kurang 45 minit, jadi at least pukul 6 kena ada kat Ipoh. Sampai Ipoh terus ke Kampar, dari Kampar terus ke Shah Alam. Skip dulu part Selangor sebab memang tak sempat aku nak sampai Shah Alam, sebabnya bus lompat-lompat trip last mesti dalam pukul 10pm macam tu. Kalaw ikut plan journey ada Tapah, Tanjung Malim, Hulu Selangor, Rawang, Kepong last sekali Shah Alam. Kalaw bus lompat-lompat 24 hours  services memang aku buat rileks Padang Kota jer. Journey dua hari pon tak kesah macam itu. Pukul  6.15pm sampai Ipoh, aku dah start cuak gila babi. Dari Ipoh nak ke Kampar tunggu setengah jam lagi, baru bas ada. 6.45pm baru bas ada. Terus tak cakap banyak, naik jer. Dari Sungai Petani sampai ke Kampar ni baru perasan macam-macam jenis syarikat bus ada. Kenapa tak selaraskan sekali, tak ada lah aku nak pening sangat. No wonder lah foreigner pon kutuk pasal transportation kat Malaysia. Serabut mak enon. Kat Ipoh, tanya kat counter, chinesse jaga, bus ke Kampar tunggu kat mana, pukul berapa. Macam haram, taw la kat Ipoh pon, ramai chinesse, bajet belagak. Aku tumbuk muka kang, sepet terus hidung mulut. Atas bus, confirmkan sekali lagi, tanya nurse dok sebelah pasal betul ke tak bus ni ke Kampar, sure betul. Tak ada lah nak risaw sangat.

Atas bus aku sms penjual tu inform location aku kat mana. Kesian pulak, janji pukul 4pm ni dah pukul 7pm. Selamat dia faham. Aku pon dah bagitahu awal-awal aku naik bus lompat sebab saja nak tengok tempat orang. Dia ok jer just suruh update bila aku dah sampai kat Tesco Kampar. Ipoh ke Kampar sejam bro. RM4.60. Aku sampai kat Tesco Kampar, sms bagitahu dia. Jam dah tunjuk pukul 7.50pm. Nak dekat pukul lapan dah. Dekat Kampar ada ke tak bus ke Shah Alam pon tak tahu, sampai pon tak pernah. Gila. Pukul lapan tunggu penjual tu, deal dengan dia, sembang-sembang jap pasal journey. Pastu chiaww. Perut dah lapar gila punya. Singgah kedai mamak sebelah stesyen bus. Makan nasi goreng dengan milo. RM 4.00. Selamat murah. Haha.

Setel makan jam 8.45pm. Aku punya cuak dah macam gila moksya. Entah bus ada ke tak pon tak tahu. Tanya kat adik pelayan tu dia cakap jalan terus sikit ada kaunter yang jual tiket bus express jauh-jauh punya. Dalam kepala otak time tu, pikir, haram, kalaw tak ada bus ni tibai pi lah tido motel-motel murah area stesyen bus ni. Nak cari masjid aku pon zero knowledge kawasan ni. Satu lagi kampar ni macam koboi sikit pekan dia, kang aku tido kat stesyen bus kena paw dengan mat gian jenuh laptop, beg kamera dia sebat, menangis. Lepas bayar semua, jalan kaki ke kaunter bus yang budak tu cakap. Nah, memang tak nasib baik, bas last pukul 8.30pm, haree sungguh. Mati aku. Nak tido motel boleh, tapi tak nak aku sebab konfirm lari bajet aku nanti. Abis murah koman-koman RM60/70 punya. Kalaw nasib baik, kalaw nasib tak baik dia tengok macam orang luar jer, kena kapak lagi. Aku tanya pendapat akak tu, macam mana nak sampai ke Shah Alam malam ni jugak. Akak tu cakap, try pergi Ipoh la sebab banyak bus situ.

Patah balik pulak ke stesyen bus tadi, tanya bus last kol berapa, sekali dia cakap bas last lagi 5 minit sampai. Huh, sempat jugak aku, kalaw tak motel la jawapanya. Sementara tunggu bus tu, datang pulak seorang chinesse ni, nak ke Ipoh jugak. Ramah jugak dia ni, aku tanya la pasal bus last dari Ipoh ke Shah Alam pukul berapa ada. Dia pon tak sure. Mati dah aku kata. Teringat P1 Wimax pinjam kimi ada dalam beg, laptop pon ada. Apa lagi online jer dalam bus, signal usah dikenang la, merah manjang. Tak ada signal lah tu, certain tempat jer ada. Cepat-cepat jer aku browse listing bus express dari Ipoh ke Shah Alam last pukul berapa, pukul 10.00pm ada. Hati rasa lega sikit. At least sempat rasanya sampai Ipoh sebelum pukul 10.00pm. Dalam bus ada tiga orang jer. Aku, cina tu, driver. Mula-mula sembang la, pastu dah tak ada topik masing-masing senyap. Tengok jer balik jalan yang aku lalu petang tadi nak ke Kampar. Bosan.

Sampai Ipoh, stesyen bus medan Gopeng kol 9.45pm macam tu. Bas laju sikit dari Kampar ke Ipoh mungkin sebab tak ada orang sangat. Sampai ke medan Gopeng tu aku baru lepas mamun dari tidur, yang si driver pulak boleh buat rushing suruh turun cepat sebab tempat dia parking tu sepatutnya bus tak boleh parking. Apa lagi kalut-kalut turun jerlah. Turun tu, jalan cepat-cepat ke kaunter tiket kat stesyen bus medan Gopeng. Separuh jalan, baru teringat topi dengan sapu tangan JUPEM tertinggal atas bus. Damshit. Sapu tangan tu yang sayang, bukan senang nak dapat, siap ada cop JUPEM kedah lagi. Tak ada rezeki gamaknya, biar jerlah.  Tanya tiket Shah Alam ada ke tak, akak kaunter cakap ada, nak bertolak sekarang. On the spot beli, mintak no plate bus. Bayar semua, terus kalut cari bus based on no plate. Jumpa bus, engine dah start, naik jer semua pandang aku pelik. Rilek ah, tahu lah aku orang last, jangan la pandang pelik manusia sekalian alam oi. Lega. Itu ayat dalam kepala otak. Sempat jugak sampai Shah Alam, walaupon perut keroncong macam gila. On the way ke Shah Alam tak boleh tidur, pening kepala sebab kena panas banyak sngat kot. Sebenarnya pening kepala rasa dari Taiping lagi, tapi boleh tahan lagi, sampai Ipoh, pekena Uphamol650 dua bijik harap pening akan hilang. Tak hilang-hilang jugak. Sampai Shah Alam pukul 11.00pm. Roger member Hakimi Rosli suruh datang ambil. Tunggu 20 minit, baru dia datang. Sampai umah flat dia, letak-letak barang, landing-landing. Penat tapi berbaloi. Macam-macam perangai, macam-macam ragam, boleh tengok tempat orang sama. Memang puas hati walaupon penat macam gila punya. Kalaw korang take note, tajuk post ni sama dengan nilai tambang dari Sungai Petani ke Shah Alam. RM57.10. Tak termasuk RM4.00 makan kat Kampar. Haha.





3 comments:

  1. kat malaysia bus paling teruk adelah kat ipoh... saye bangge ngan itu.. kaaahhh! malu tol~

    ReplyDelete