RM 57.10 (Part 2)

Part 1

Sebenarnya aku tiada mood nak menulis sambungan RM57.10 disebabkan tiada gambar. Mana taknya, gambar yang aku ambil guna UWS (Ultra Wide and Slim) berserta  Superia 400, menjadi sampah. Semua gambar blank jer. Cinabeng sungguh. Tapi tak apa, berbekalkan semangat jati di malam hari aku sambung jerlah cerita ni. Bagi sesiapa yang nak taw cerita RM 57.10 part 1 boleh ke part 1.

Last sekali masa aku tunggu bas kat Nibung Tebal nak ke Parit Buntar, ada seorang India,  lelaki, bawak tongkat, bag baju, berlari tegesa-gesa ke arah pondok perhentian bus ni. Macam kalut-kalut nak lari dari siapa entah. Aku tengok tak dak pulak bas yang datang. Apahal pulak si mamat India ni nak lari-lari datang pondok bus ni. Aihhhh..memang aku hairan lah, apa pasal mamat ni dok buat kalut lari tunggu kat perhentian bus ni. Dalam kepala terbayang dah cerita-cerita Tamil jenis yang datang nak paw duit, pastu kalaw tak dapat duit, dia hulur pisau kat tengkuk, pastu last sekali mahu tak mahu kena bagi jugak. Damn, tak kan nak jadi macam tu kot kat aku harini. Memang gilababi. Masa yang sama tu aku siap-siapkan (standby) dengan ilmu-ilmu pertahanan diri yang ada. Gamble jerlah. Aku bawak 3 ketul beg kot. Kalaw nak lari memang susah, kebetulan belakang perhentian bus tu ada semak pulak, terbayang pulak aku, kot-kot ada rancangan Bang-Bang Boom apa jadah time panas-panas ni. Macam-macam terbayang kat kepala time gelabah.

Sekali India tu sampai kat perhentian bus aku tunggu tu. Time tu ada aku, India perempuan dengan mamat India yang buat-buat kalut macam bus nak datang dah. Ok, rilek dulu, maintain cool, jangan tunjuk yang kita cuak sangat. Aku usha jer dia, ni petua hasil dari testimonial aku sepanjang hidup, kau usha jer mana-mana mamat yang kau rasa macam ada hasrat yang tak baik kat kau lama-lama, tunjuk macam muka tak puas hati, nescaya, mamat tu kansel niat jahat kat ko. Haha. Ok India lelaki tu duduk sebelah India perempuan tu, dua-dua buat macam tak kenal. Pastu si India lelaki ni mula cakap ape benda entah, dalam bahasa Tamil, mengikut firasat aku dia macam nak mintak duit tambang sebab sign duit dari tangan dia. Sorry, UiTM tiada third language bahasa Tamil. Kalaw ada pon memang aku tak nak amik pon. Ok fine, si India permpuan tu layan tak layan jer dengan India laki ni.

Tiba-tiba drama swasta India saluran Tamil di channel Astro Vanakam kot aku pon tak taw channel berapa bermula. Si India lelaki duduk depan India perempuan. Kedudukan dia macam orang putih nak propose perempuan nak jadi wife. Apa benda pulak ni. Si India lelaki tu serius ikhlas-lah-kot pujuk India perempuan tersebut. Memang serius drama Tamil berlaku time tu. Dengan nangis-nangis dia, pegang-pegang kaki, arengge-arengge ape semua. Macam merayu-rayu sesuatu jer dari India perempuan tu. Sedih pulak aku tengok India lelaki ni. Tup-tup dua-dua orang menangis, memang sedih jugak aku tengok. Walaupon India, aku pon ada sense of sympathy ceq oii. Nak dijadikan cerita rupa-rupanya mereka ini pasangan suami isteri. Si india perempuan ni macam frust sebab lelaki ini main kayu tiga dengan perempuan lain. Justeru dia pon nak belah la dari umah family lelaki ini. Dia belah camtu jer tanpa meninggalkan nota atau test pad kat suami dia. Suami dia sampai umah, tengok bini dia tiada, dia pon segera mencari-cari isterinya. Beliaw telah mengesyaki sesuatu lalu beliau terus packing-packing baju lalu mencari isterinya di serata perhentian bus. Nasibnya baik kerana beliaw jumpa isterinya di perhentian bus kebetulan aku ada ni. Ok, ini semua firasat aku jer, bukanya betul-betul. Gila apa aku nak interview pulak masaalah deorng ni, kang tak pasal-pasal aku jadi orang ketiga dituduh nak mengorat bini dia. Keh keh.

Lebih kurang pukul 2.00pm lebih-lebih bus ke Parit Buntar sampai. Lega ya ammat boleh naik bus, kena aircond laju pulak, memang package betul. Dalam bus selamat ada seat, jadi tak lenguh sangat la kalaw nak berdiri lama-lama. Tambang bus RM5.20. Aku bajet ni dah out journey range dah ni, pukul 2.00pm baru kat Parit Buntar apa gila ni. Sampai kat Parit Buntar pukul 2.45pm macam tu. Dahaga ya ammat, turun bus terus cari kedai-kedai runcit dekat-dekat dengan stesyen bus tu, beli Coke ngn Twisties, 5 minit jer aku habiskan. Gila kebulur. Sambil tunggu-tungu snap sikit gambar around the stesyen bus area. Then baru mula tanya kaunter bus nak ke Taiping. Selesai survey kaunter. Masa servey tanya pon badigol jugak orang-orang kat kaunter, ada setengahnya tak tahu naik bus ape. Ada setengah pulak cakap kene pergi kaunter no 2, tapi aku tengok kaunter no 2 tak wujud pon. Mencabar minda sungguh mereka ini. Last-last dapat tahu kene naik bus merah. Selamat bas merah dah standby siap, Cuma tak jalan jer lagi. Ok rest kejap depan kerusi tu, tengok-tengok gelagat orang.

hentian bus parit buntar

Tiba-tiba datang pulak seorang amoi ni. Sengih-sengih kat aku. Aku sengih la balik, nak tunjuk rakyat Malaysia ni peramah kan. Ok, pastu dia belah jalan mana aku tak taw lah. Kemudian dia datang balik kat aku, dok sebelah pulak, sua rokok. Aku cakap takpe-takpe thanks. Kemudian dia sengih-sengih, ketawa sorang-sorang sambil belah. Sah orang gila. Apa nasib betul hari ni jumpa macam-macam peel manusia sekalian alam. Baru tadi jer menonton drama Tamil, ni kena approach dengan orang gila pulak. Nak sangat pengalaman, pengalaman lah tu kan.

3.15pm baru bas merah ni nak jalan, ke Taiping. Aku dah runsing gila. Sampai bila nak sampai Shah Alam ni. Journey ke Taiping pulak start. Kebetulan hari tu hari khamis, memang kejap-kejap berenti lah sebab budak-budak sekolah. Dalam bus aku dok sorang jer, depan budak sekolah belakang budak sekolah. Teringat zaman sekolah dulu nak pergi sekolah/balik sekolah naik bus transnasional. Macam haram pack dan panas. Kena aku pulak kuat berpeluh, memang package. Sampai mana hala aku pon tak taw, ada seorang pakcik ni naik, dok seat belakang aku. Ishk nak tegur segan, tak tegur bosan ya ammat pula. Skill pertama macam biasa la, kaleh belakang sikit buat-buat tengok belakang. Dia tengok balik, senyum-senyum lah sikit. Tapi dia dok baca paper la pulak. Ah biarlah dia dulu, nanti-nanti aku tegur balik. Bus jalan jer ikut Bukit Merah ke mana entah. Jalan macam pernah lalu zaman kerja survey dulu. Sekali tengok betullah, pernah dok umah tok member aku masa kerja dulu area-area Taiping jugak. Sekali bus ikut jalan bengkang bengkok, layan jerlah, bukan selalu nak layan lap dengan bus. Dok layan lap dengan motosikal jer, pastu tergolek kat Semambu. Haha. Ni cerita dizaman Polisas. Nanti cerita lain.

Dekat-dekat dah nak sampai Taiping sebab tengok sekitar macam maju jer bangunan semua, aku start sembang-sembang sikit dengan pakcik belakang. Dia tanya nak kemana, cakaplah Shah Alam. Student lagi. Sekali dia cakap anak menakan dia ada jugak kat UiTM Shah Alam amik akaun ke matematik ape entah. Perempuan. Nak jugak aku kenal-kenal dengan anak menakan dia, tapi jangan tunjuk sangat yang hang tu suka kenal-kenal dengan perempuan, rilek-rilek sudah. Haha. Dalam dok menyembang dengan pakcik tu, dia cakap la kenapa tak terus jer dari Sungai Petani ke Shah Alam. Aku cakap la saje nak naik bus lompat-lompat nak tengok tempat orang. Lagipon tak rushing, saje try amik pengalaman. Sekali dia bukak cerita pulak dia pernah journey ke Bangkok naik tren dizaman muda mudi dia. Keluar abislah Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Danok, Petani apa bala semua. Layan jerlah aku. Dari situ timbul pulak next target nak journey pergi Bangkok. Entah bila dapat pergi tak taw la.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment