Review Buku (Saya Pun Melayu)


Saya Pun Melayu.

Saya Pun Melayu tulisan peribadi Zaid Ibrahim, dimana beliau menceritakan tentang pengalamanya dari kecil sehinggalah dewasa. terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-

Bahagian pertama konflik yang dihadapi beliau semasa menjadi menteri - menteri di jabatan perdana menteri, serta isu-isu ketuanan melayu mengikut pendapat beliaw yang merangkumi isu-isu seperti isu ISA, relevan ketuanan melayu pada masa kini, politik UMNO, cabaran yang dihadapi semasa didalam UMNO serta demokrasi berparlimen di Malaysia.

Bahagian kedua pula lebih kepada penceritaan biodata beliau, dimana zaman persekolahanya dari Sekolah Bukit Marak sehingga ke UiTM, cabaran yang ditempuhi semasa zaman pembelajaranya sehingga lulus peperiksaan undang-undang menjadi seorang hakim bertauliah. Dalam bahagian ini juga menceritakan bagaimana beliau menjadi ahli UMNO dan liku-liku dalam perjuangan UMNO.

Bahagian terakhir, lebih menjurus kepada krisis yang berlaku antara beliau dengan UMNO, ulasan mengenai Salleh Abas, zaman Dr Mahathir menjadi pemerintah, isu mengenai Pakatan Rakyat dan kebebasan bangsa Malaysia, pandanganya mengenai orang Melayu dan bukan Melayu serta disertakan juga senarai pemimpin negara yang dihomati beliau.

aku dah habis baca buku ni, tengok macam banyak yang bias belah pembangkang jer, sebab semua menceritakan tentang perkara negatif pasal UMNO. Sikit pun tak ada penghargaan yang diberi, kat Paklah pun yang angkat beliau masa jadi menteri. buku ni macam luahan isi hati beliau lepas kena eliminated dari UMNO. Macam buku Malay Dilemma masa Mahathir kene pecat dari UMNO. (Ini buat kepala, aku baca tak habis lagi pon). Sesuai dibaca untuk semua golongan yang berfikiran terbuka yang tidak tertumpu kearah satu pihak sahaja.

1 comment:

  1. sila baca buku baru utk mengetahui kisah seterusnya.

    ReplyDelete