Kamera Oh Kamera.

Ini cerita boring. Tak mahu baca, sila tekan pangkah atas kanan sekali tu yer. Kamera. Setiap orang ada persepsi masing-masing bila cerita pasal kamera. Ada yang cakap ikut trend, ada yang cakap minat dan seni, ada yang cakap nak memoyokan diri jer dengan menggantung DSLR semasa berjalan di shopping-shopping complex dan taman-taman riadah. Entahlah, bagi aku setiap benda yang seseorang itu buat haruslah ada sebabnya yang tersendiri. Sebab itu juga haruslah subjective.



Bagi pendapat aku, salah seorang manusia yang juga memiliki sebuah kamera, aku memiliki kamera hanya kerana seni, aku minatkan seni, tak kesah cabang seni apa sekalipun, memandangkan seni fotografi memerlukan peminatnya memilki sebuah kamera, jadi aku mendapatkanya. Cara mendapatkanya terpulanglah kepada individu masing-masing sebab cara mendapatkan itu telah tertakluk kepada hak individu itu tersebut. Ada sesetengah pendapat berkata "alah, ko beli kamera mahal-mahal, tapi tak buat duit, kan dah membazir namanya itu". Bagi aku itu adalah pendapat yang subjektif. Tak semestinya memiliki kamera memerlukan seseorang itu mendapatkan wang sebagai pendapatan baginya. Cuba berfikir secara kreatif dan kritis. Membeli sebuah rumah yang mahal tak semestinya harus mendapatkan hasil pendapatan dari pembelian rumah tersebut. Begitu juga dengan pembelian lain. Jika pandangan ini direalisasikan kepada setiap pembeli kamera, cuba fikirkan terdapat berapa juta lambakan juru foto yang menawarkan perkhidmatan menangkap gambar di malaysia ini.


Setiap orang mempunyai tahap kemampuan dan skill individu masing-masing. Tak semestinya memiliki kamera yang mahal dari harga beribu-ribu ringgit, mampu menghasilkan gambar yang terbaik. Gambar yang terbaik adalah dari kreativiti seseorang, bukanya dari kamera yang dimiliki. Haruslah diingatkan kamera yang dimiliki adalah alat bantuan untuk mendapatkan gambar yang cantik, bukanya seratus peratus bergantung kepada kamera. Manakala aksessori tambahan juga sebagai pelengkap untuk melengkapkan hasil gambar tersebut. Aku pernah jumpa seorang manusia ni menggunakan D200 tapi hasil gambar seperti kamera digital biasa. Aku pelik kerana kebanyakan orang sanggup melabur beribu ringgit hanya untuk menaik taraf kamera. Ini berdasarkan pemerhatian sejak aku menggunakan kamera DSLR. Secara asasnya DSLR yang menawarkan ciri-ciri asas berharga lebih kurang RM1500.00. Bagi aku memiliki dslr peringkat asas adalah memadai bagi mereka yang cintakan seni. Apa relevanya menggunakan DSLR berharga RM12 000.00, tetapi kadar penggunaan hanya sebanyak 10 keping gambar sebulan.


Berdasarkan pengalaman, bagi seseorang yang baru memiliki DSLR, mengimpikan lens yang pelbagai variati. Aku sendiri, masa baru-baru memiliki DSLR, dimana ketika itu menggunakan lensa 18-55mm, mengimpikan lensa 70-200mm, 10-20mm, 50mm, 135mm, dan lain lagi. Adalah normal bagi seseorang yang baru memiliki DSLR untuk bercita-cita seperti sedemikian. Bagi pendapat aku, kita harus kenal pasti minat utama dalam bidang fotografi ini. Fotografi terbahagi kepada cabang-cabang yang pelbagai. Seseorang itu mungkin minat mengambil gambar lanskap, portrait, sukan, binatang kecil dan lain-lain lagi. Cara termudah dan termurah untuk kenalpasti minat sendiri adalah dengan meminjam dahulu variati lensa yang diminati, cuba dahulu kemudian baru tentukan lensa mana yang paling diminati. Cara ini lebih praktikal berbanding kaedah beli-jual semula-beli dimana lebih merugikan.





Akhir kata, buatlah keputusan yang bijak walaupon ini semua menggunakan duit anda sendiri, kerana mungkin kelak akan rugi. Bagi aku, memiliki model 400D keluaran tahun 2006 disamping lensa 50mm adalah yang terbaik untuk aku. Untuk mencuba seni fotografi analog, ST605 bersama 28mm Soligor adalah memadai selain bantuan toy camera UWS.




1 comment:

  1. camwhore adalah sebab paling menarik untuk seseorang memiliki dslr.

    ReplyDelete