Berhabuk

Makin lama makin berhabuk nampaknya blog ini. Nak tulis menatang apa pun sudah tidak tahu. Mungkin sebab buat-buat bizi dengan kehidupan sehari-harian sebagai student. Semester ini ada satu subjek yang kena buat latihan praktikal - Geodesi, tapi awat aku jadi malas gila entah nak menjalankan aktiviti amali ini. Ah, persetankan semua itu. mungkin sebab unpaid work kot, jadi tahap kebebalan malas buat kerja tu meninggi.

Banyak kali aku tengok dalam Uitm ni, driver mahupon penunggang motosikal, tak hormat pejalan kaki. Cakap nak jadi macam jepun. Kadang-kadang kesian jugak geng-geng pejalan kaki kena lintas jalan tergesa-gesa time traffic jammed. Apa salahnya bagi deorang melintas kejap, berenti lah kejap kereta, motosikal kau tu, bagi deorang melintas jalan, consider la sikit deorang tu berjalan kaki, bawah panas, berpeluh ketiak ape semua. Even kat luar Uitm pon, jalan-jalan sekitar Shah Alam yang penuh dengan zibra crossing, pantang lampu jadi hijau, terus nak memecut laju. At least bagi la chance geng-geng pelintas jalan tu abis lintas jalan. Sebab baru tadi aku tengok amoi kat traffic light depan Seksyen Dua nak kene langgar dengan van. Yang van tu pulak bawa pelancong. Kan dah nampak tak elok dari mata pelancong tu, perangai driver kat malaysia ni. Sekian, terima kasih. 

2 comments: