Solat jumaat


Azan zuhur telah berkumandang menandakan masuknya waktu sembahyang jumaat bagi kawasan subang dan yang sewaktu denganya. Aku ape lagi, amik tola mandi. Siap-siap pakai wangi-wangi ape semua, start moto, pergi sembahyang jumaat. Dalam aku dok start moto tu, heran gak, awat pakcik aku rilek jer, tak siap ape pon, dia ni tak maw pi sembahyang jumaat ke. Heran gua. tak pelah satgi dia pi lewat sikit kot.

Gua pon start jelah moto, press dua tiga kali bagi enjin panas sikit, lalu gua jalan. Preng-preng-preng, sampai ke masjid, nama ape masjid tu gua pon tak taw, sebelah stesyen minyak caltex area subang ni. Gua pikir gua sampai awal kot, macam tak ramai jer nak sembahyang arini. Takpe-takpe, gua rilek. Paking moto kot area paking moto stesyen minyak tu, bajet tak maw susah keluaq la satgi kan sebab keta mesti banyak gila bab, kalaw gua paking dalam konpom kena tungu lama baru moto bole kluaq. tak pelah, setel paking moto, kunci-kunci ape semua gua masuk dalam. gua tengok, aitt kedai makan ni bukak lagi time nak sembahyang jumaat pon. selalu tuutp kan sebab nak respek jumaat. satgi dia tutup lah kot. Amik air sembahyang, aihh, imam ni sembahyang ape plak awai sangat ni, jemaah lain pon semua ikut jer. Nak kata sembahyang sunat tak kan buat sekali dengan jemaah kot kan.

Gua dah suspek dah ni.
Gua tengok jam, kol 1.20 tengari, aisehh, tengok jam yg ada waktu solat kaler emas, semua masjid mesti ada jam ni, nahh sekali tengok arini ari khamis bai. Gila ape gua nak sembahyang jumaat ari kamis. tak pe gua control hensem, lalu gua menunaikan solat zuhur secara solo. Setel sembahyang, gua baca doa sekali ikut imam. Setel semua gua cabut teros. Malu bai, walawpon tak de sape yang taw niat gua nak sembahyang jumaat. Dah la paking moto kat stesyen minyak, malu gila.

Tapi tak pe gua control jer..sekali start, prengg, gua pecut balik umah makcik gua terus. Dengan pakai ken plekat nyer, mesti orang suspek kan. Haha. tak pelah setibanya di rumah gua maintain macho, tukar baju, makan roti. Lawak betol lah, selamat aku tak suarakan niat nak pergi sembahyang jumaat tu kat sape-sape. Kalaw tak mesti kena bahan. sepanjang 23 tahun hidup, ni first time solat jumaat hari kamis. Huahuahua =0


2 comments: