RM 57.10 (Part 1)


Alkisahnya, aku dapat idea nak travel dari blog Udey Ismail. Mamat ni merupakan seorang fotographer feveret aku sebab gambar-gambar dia nampak neutral dan semula jadi. Entah rasanya dari tahun lepas lagi, aku dok follow blog dia, in the same time dalam blog itu ada journal-journal yang ditulis based on pengalaman dia backpacking around the world. Aku tertarik kerana dengan style dia yang main redah jer, kadang-kadang macam gamble pun ada. Aku lagi minat backpack style main redah, sebab dari situ lagi gain more experience sebab lebih kena berdikari dari mengharapkan bantuan internet.

Jadi kebetulan hendak balik Shah Alam ini, aku rancang nak buat mini backpacking dari Sungai Petani ke Shah Alam. Kali ini aku decide nak travel solo, memandangkan macam simple sahaja dari Sungai Petani ke Shah Alam. Jarak dari Sungai Petani ke Shah Alam pun tak jauh sangat, lebih kurang 388 Kilometer. Seperti biasa, pertama Google dahulu tempat-tempat yang aku nak singgah within the journey. Then sudah decide, pilih hari yang bersesuaian, lepas itu jalan.



Jam 10 pagi 8 September 2011, aku keluar rumah untuk memulakan perjalanan, salam-salam dahulu dengan mak dan abah, then gerak pergi stesyen bas intercity Sungai Petani. Dari rumah ke stesyen bas, aku mintak pertolongan Khairul, member se-taman untuk tolong menghantar ke stesyen bus.


Stesen Bus Sungai Petani
Stesen Bus Sungai Petani 2
Sampai jer ke stesyen bus, aku terus pergi ke kaunter pertanyaan, bertanya pasal bus yang nak pergi ke Butterworth. Selamat masa itu bus dah ready, cuma tak jalan jer lagi, nasiblah jugak masa itu jam lebih kurang 10 lebih, orang pun tak berapa ramai, kalau kena masa pukul 1, jenuh jugak lah nak berebut dengan budak-budak sekolah yang nak balik sekolah masa tu. Dari Sungai Petani ke Butterworth aku naik bas Maraliner, cas tambang berharga RM3.90. Firstly aku ingat bus ni jenis berhenti-berhenti ambil orang, rupanya tak, direct terus dari Sungai Petani ke Butterworth guna highway. Spoiled jugak lah, cadang itu nak naik bus berhenti-berhenti dari Sungai Petani ke Shah Alam. Boleh juga aku nak tengok-tengok pemandangan di tepi jalan, sawah padi, rumah-rumah orang kampung. Ini kalaw dah naik highway memang nampak hutan jer lah, tak pun nampak dapur rumah orang. Tak apalah cakap dalam hati, lagipun jalan dari Sungai Petani ke Butterworth memang dah biasa lalu, jadi tak terkilan sangat lah bus ni tak lalu ikut jalan biasa itu.

Jam 11.15, sampai stesyen bus sementara Butterworth. Kalaw diikut nama rasmi yang ditulis di signboard disitu, namanya Stesyen Bus Penang Sentral. Stesyen bus ini sebenarnya tengah direnovate. Entah bila nak siap pun tak tahu la. Sebab kalau tak silap dari zaman aku belajar diploma lagi sedang direnovate, bapak lama punya hampir masuk 4 tahun. Dekat sini tak adalah sesak sangat, mungkin sebab bukan hari hujng minggu, jadi orang yang nak datang jalan-jalan pun kurang. Turun sahaja dari bus, macam biasa geng-geng "KL sekarang" siap-siap tunggu depan pintu bas, aku nak turun pun jadi macam takut, sebab depa ni style macam nak memaksa orang beli tiket dari depa. Lepas itu kalaw tak beli mesti tarik muka sekupang, style aku kalau kena approach dengan geng-geng ini memang, buat derk jer. Habis kuat pun angkat tangan sambil tunjuk sign "ok-ok", "tak apa-tak apa", then belah. Satu lagi  masaalah dekat stesyen bus Butterworth ini, bus intercity dengan express di combine sekali. Jadi nampak macam serabut sikit. Kalau bus intercity, company Rapid yang handle, kalau express ke bandar-bandar luar yang lain macam-macam brand ada, pilih jer. Memandangkan aku tak pernah naik Rapid, aku jadi "perak buihh" jugak sebab first time nak naik. Lepas pergi kaunter Rapid tanya prosedur, setel. Cari bas nombor 801 dan naik.  Nasib baik jugak tunggu lebih kurang 10 minit sahaja, bus  801 sampai. Yo, first time naik Rapid. Haha. Kena cas RM3.40. Ingat macam Rapid kawasan Lembah Klang, Shah Alam kena guna kad "Touch n Go", rupanya Rapid Penang ini masih  oldskoll sebab kena bayar melalui mesin duit lagi. Tak pulak aku nampak benda seperti sensor untuk kad "Touch n Go". Yang nampak perbezaan adalah tangga bus Rapid tidak tinggi seperti tangga bus Maraliner, Transnasional tidak pun bus intercity yang lain, tangganya rendah sedikit, sesuai untuk golongan berumur, user friendly . Seat bahagian hadapan seperti tinggi sedikit dari seat bahagian belakang, yang lain-lain lebih kurang sama sahaja.

Stesen Bus Butterworth.

Stesen Bus Butterworth 2
Dari Butterworth ke Nibung Tebal memang azab gila. First time dengan Rapid pun dah kena pengalaman buruk. Aku tak tahu sama ada aku yang kuat berpeluh, tak pun memang aircond dia slow ya amat. Panas gila. Dari Butterworth ke Nibung Tebal, lebih kurang 1 jam setengah. Entah dia pusing-pusing dahulu kawasan Bukit Mertajam lepas itu barulah ke Nibung Tebal. Akibat tak tahan azab panas, aku ubah seat dekat dengan pintu tengah bus, dan setiap kali bas berhenti, angin dari luar yang kuat akan masuk semasa pintu terbuka. Memang angin tu bercampur dengan habuk apa bagai, tapi ok la sikit dari panas dok seat-seat bahagian belakang. Dari Butterworth ke Nibung Tebal, bus ikut jalan Bukit Minyak, Sungai Bakap, Jawi lepas itu sampai ke Nibung Tebal. Sempat juga tengok balik site-site yang aku pergi masa praktikal diploma dahulu, nak tengok dah naik bangunan ke blom. Ada yang dah naik, ada yang macam itu jer, rasa sia-sia sahaja penat lelah masa buat kerja dahulu. Antara yang dah naik, kuarters polis kat Jawi, tengok bangunan lawa-lawa jer, rasa bangga pon ada sebab boleh tengok bangunan dari hasil kerja ukur yang kita buat walaupun masa itu ada lari lebih kurang 0.3 m. Haha. Tapi bangunan naik jugak, entah, layan jer, janji siap sudah.

First time dalam sejarah sampai Nibung Tebal, memang aku blur tak tahu nak buat apa, sebab bus yang berhenti kat Nibung Tebal pun berhenti tepi jalan macam itu jer, tak berhenti kat stesyen bus sendiri. Aku nak buat apa pun tak tahu. Last sekali tanya jer kat penumpang yang turun sekali di Nibung Tebal tu. Ada seorang pompuan India dalam lingkungan makcik-macik jugak, aku tanya dengan dia, dimana stesyen bus Nibung Tebal, sekali dia pun tak tahu. Lepas itu aku jalan depan sikit masuk kawasan pekan Nibung Tebal. Pekan dia simple macam pekan Tikam Batu, banyak kedai-kedai kebanyakannya tokey Cina. Nak tengok kedai Melayu sangat susah. Then aku nampak satu kedai jual alkhohol, aku masuk main redah jer, tokey kedai itu dah tengok aku lain macam. Dia ingat aku nak beli la kot. Aku tanya dengan tokey itu pasal stesyen bus Nibung Tebal, dia pun tak tahu, hampa jugak. Tup-tup aku nak keluar dari kedai, ada seorang India customer kedai itu, dia dengar lah kot ape yang aku tanya, dia bagitahu Nibung Tebal memang tiada stesyen bus, bus semua akan berhenti di kawasan tepi jalan bus Rapid berenti tadi. Ok, then aku cakap nak ke Taiping dari sini macam mana. Lepas itu dia cakap dari Nibung Tebal memang tiada bus ke Taiping melainkan kena pergi ke Parit Buntar dulu, untuk pergi ke Parit Buntar, kena tunggu bus dekat area tadi, tapi kena  tunggu di seberang jalan. Setel dah dapat info semua, aku tunggu dekat perhentian bas yang India itu cakap tadi.

Pekan Nibung Tebal

Tempat bus berhenti di Nibung Tebal.

Dekat perhentian bus itu ada seorang India perempuan. Muda lagi kalau tengok dari muka dia. Sampai jer aku dekat perhentian tu, senyum-senyum sikit kasi pancing sebab nak confirm balik betul ke bas nak ke Parit Buntar kena tunggu kat sini. Selamat betoi ape yang India kat kedai alkhohol tu cakap. Mana la nak taw, entah dia tengah high ke, main tibai cakap jer, tak pasal-pasal jer nanti ke mana hala. Tunggu jerlah kat situ dengan perempuan India itu. Sempat jugak  borak-borak sikit dengan dia, rupanya rumah tok dia pon ada jugak kat Sungai Petani. Haha. Memang orang Sungai Petani kuat merantau kot.

Tiba-tiba dari seberang jalan ada seorang India lelaki, bawak tongkat, bag baju, berlari tegesa-gesa ke arah pondok perhentian bus ni. Macam kalut-kalut nak lari dari siapa entah. Aku tengok tak dak pulak bas yang datang. Apahal pulak si mamat India ni nak lari-lari datang pondok bus ni. Aihhhh..

who is that..?

coutesy of :  http://bikanerphoto.wordpress.com/

2 comments: