Failed!


Tengah dok study ni, tapi tulih sat la kan..haha..oh, sekarang memang musim final exam buat segala penduduk unibersiri kerajaan mahupon swasta. Segala penduduk yang tere mengopipes esaimen mahupon meniru ataw menggunakan toyol semasa ujian-ujian ataw kuiz yang diberikan, tengah struggle study sampai tak tido malam hanya semata-mata mahu lulus dengan cemerlang final exam ini. Sudah menjadi tabiat mereka study last minit begitu juga dengan si penulis ini..haha

Lega, gua punya paper yang paling ditakuti iaitu paper linear algebra telah meninggalkan gua dengan jayanya..jayanya? tengok result la nanti. Seriously gua takut gila vavies dengan paper ni, bukan ape, gua ada rekod buruk iaitu gagal dengan jayanya paper matematik semester 3 yang lalu iaitu partial. Jadi segala paper matematik yang mendatang merupakan  fobia bagi gua sepanjang pengajian ini. Mana taknyer, paper lepas yang failed pon gua tak keri lagi. Maw paper ni pon kantoi jugak, memang gua kepeningan kepalaan la..

Masa wa masuk untuk jawab paper ni, pertama dalam sejarah hidup gua, jari jemari gua teketaq-ketaq bak hang! Serius! Gua takut sampai lagutu la..gila betoi, xpenah lagi gua takut nak jawab exam sampai teketaq-ketaq camtu.. sebelum masuk dewan pon jantung gua berdegup kencang macam lari 100m. Time nak jawab jari wa ketaq, lalu wa teringat pesan mak gua kalaw nerbes, baca robbishorhli..wa pon baca la segala doa-doa yang ada..selamat, kurang sikit ketaq gua..selamat soalan pon gua boleh jawab gak walawpon xleh jawab semua..janji bole jawab sudah kan..setel satu bab.

Dok ada lagi dua paper, masa gua menulis ni yakni paper engine dengan kadaster..kadaster gua yakin sikit nak jawab, engine ni, gua risaw pasai pengiraan curve ni..gua masih lagi terkontang kanting dengan pengiraan menatang ni..xpelah, besok pi cari orang tere, study bersamanya sudah..sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment