Cerita Hantu

Tadi aku pergi stalk baca-baca blog Sue Anna Joe, dok cerita pasal hantu. Tiba-tiba gua tergerak hati nak cerita pasal pengalaman gua terserempak dengan hantu. Serius punya ni, bukan rekaan Khabir Bhatia mahupon David Teoh Beng Huat kedai tayar.

Al Kisahnya bermula pada tahun 2009, kalaw tak silap gua. Tarikhnya gua pon lupa, yang pastinya time semester break tak silap masa djaman politeknik dahulu (POLISAS). Gua ada rakan serumah yang kebetulan rumahnya dekat-dekat jer dengan rumah sepupu gua yakni terletak di Felda Sungai Koyan, daerah Raub kot kalaw tak silap. Macam biasa, student pantang ada cuti sikit, kira nak balik rumah jer. Memandangkan rumah gua nala dok kat Kedah nu, kalaw balik pon macam tak berbaloi sangat sebab gua kedekut piang. Gua decide nak balik ke rumah sepupu gua tu, rempit bersama member housemate gua.

Macam biasa, sebelum bertolak, check tayar, minyak itam bagai-bagai, then preng-preng  jalan terus. memandangkan ni first time gua travel by moto nala re kek punya jauh, gua agak nerbes jugak. Jadi apa-apa tengah jalan jenuh. Mana nak cari pomen Ah Kiat tengah highway tu. Tak silap gua 3 kali berenti kot, total travel time 6 jam!. Gila punya lama dok atas moto sampai tak rasa bontot dah.

Malam ketiga, gua layan TNA tengah malam akibat keboringan melampaw, malam-malam kat Felda bukan macam kat bandar boleh lepak-lepak minum apa semua, depan tibi lah jawabnya. Jam pukul 10.30 kalaw tak silap, position gua macam ini:
rajah 1.0.0

Bulu roma dah start meremang. wieuwwww.

Dalam jam 10.45 camtu, gua tengah kusyuk tengok TNA tup-tup, baik punya jasad tak berjisim melintas dekat tingkap dapur. Kalaw tengok dari rajah, memang gua boleh nampak direct ke tingkap dapur, memang real gila! Serius macam dalam tivi-tivi mahupon filem-filem hantu David Teoh. Ok fine, otak gua boleh jalan lagi masa nampak minatang tu, gua ingat ni mesti orang lintas apa bala dok buat malam-malam belakang umah ni. Tapi tetiba gua macam aihh, orang apa lintas smooth gila, pergerakan dia tak macam orang, kalaw manusia berjalan, kita boleh nampak pergerakan by sendi-sendi tulang, ni tak smooth nya macam sebijik sebagak macam dalam cerita hantu pocong tengah melintas tu, terus menerus bolu roma gua naik. Gua fokus ke tibi sahaja. Abis TNA, gua masuk tidor, tak menghadap tingkap, mata pejam tak bukak-bukak dah. 

Esok pagi gua cerita sama sepupu gua, cakap gua ada nampak something, dia cakap memang belakang tu laluan dia pon. Gua jadi sparko terus. Memang gua tak ngadap tingkap dapur la malam-malam seterusnya. Gilos! 

End Note: Masa dok hostel, semester satu pon gua penah kena jugak sebab blok gua dok  blok E, memang blok most wanted untuk menguji kecekalan. 

5 comments:

  1. saspen aih.xmao baca perabeh.aku penakot!

    ReplyDelete
  2. alahai, ni versi malas mengarang..elemen saspens sikit jer aku taruk..

    ReplyDelete
  3. aiyooohh....karangan sangat!!!

    ReplyDelete
  4. mesti, karangan gua sentiasa A dizaman persekolahan dahulu kala. kui3x

    ReplyDelete