Bebelan Warga Kolej Jati.

13 Haribulan September 2011, selesai pendaftaran kolej. Aku dah selamat register kolej, macam biasa, Jati rider la menjadi pilihan hati. Haha. Terima kasih kepada pihak pengurusan jati sebab bagi aku masuk kolej semester ni. Kena bagi kredit oii kat depa ni sebab ada seorang perwakilan kolej ke apa bala entah dok stalk blog aku. Serius!!. Aisehh, aku bukan nak perasan apa, sebabnya masa aku nak register kolej tempoh hari ada la seorang petugas kolej ni tanya nama aku ape. Then aku jawab lah semua bagai. Yang aku spark sikit masa dia kata "oo..ni lah Ikhwan yang rumah makcik dia kat Subang tu.." Aihh, mana mamat ni taw pulak yang umah makcik aku kat Subang, tu yang aku saspek sebab dalam blog aku aku ada tulis pasal aku sembahyang jumaat ari khamis, then aku ada mention la dalam blog tu yang rumah makcik aku kat Subang.

Aku buat dono jelah, malas nak layan sangat dengan perwakilan kolej bagai-bagai ni sebab bagi aku depa ni macam poyo jer lebih. Nak title supaya lepas grad, merit tinggi lah sebab ada position bagai-bagi tu. Boleh pergi melancong bagai-bagai. Lagi satu yang aku dok nampak la, depa-depa ni aktif time nak majlis pemilihan, pastu haram senyap. Apa function pon tak taw. Kalaw kau jadi perwakilan lepas tu bagi nampak function diri kau dengan jawatan yang kau ada tu aku tak kesah. Contohnya, kalaw kau perwakilan kolej bahagian sukan, cuba kau organize apa-apa pertandingan antara blog contoh macam pertandingan futsal. Ok lah jugak. ni pusat snooker pon terbiar begitu sahaja. Entah Q sume dah reput ke, carpet table dah jahanam ke aku tak tawlah. Ada kemudahan tapi tak nak majukan, pandai lah namanya tu kan.

Ah, mampos engkaulah. Pastu malam semalam ada perjumpaan kolej antara pengetua. Macam biasa, orang yang suka memprotes macam aku ni confirm-confirm tak pergi. Kalaw buat makan-makan ke lepas perjumpaan tu, ok jugak. Haha. Ni kau nak suruh budak-budak berhimpun, duduk ramai-ramai macam banduan, kau membebel tak tentu arah, pastu kau belah, sebelum belah tu kau dapat menikmati jamuan hasil wang student-kot. Pastu end. Yang student semua ni, dengar bebelan kau, pastu kau cakap jangan kutuk-kutuk kolej dalam facebook ke blog ke, apa ada hal. Takut pelajar memberontak? bagi teguran pon tak boleh, macam mana nak majukan management. duit maw laju, kemudahan cam haram. 

Masa register tu aku bajet nak register sekali dengan member sem lepas aku. Tup-tup dia cakap rayuan kene register esok. Aku pulang lah dengan hampa. Esok aku datang awal pagi register, selamat dapat bilik yang ok. Kesian pulak aku tengok member aku yang register awal tu dapat bilik macam hampeh. Bayangkan lah dinding ada kesan-kesan hitam, meja study tiada. Gila betoi. Aku tengok bilik tu layak dipangil stor jer, bukan bilik. Sadis gila condition dia. Yang pegawai-kolej-lah konon siap dapat umah siap dengan air-cond. Wadehel semua tu. 

Sekian sahaja bebelan warga Jati ini.

4 comments:

  1. mane2 perwakilan pelajar mesti poyo gile..nyampahhh

    ReplyDelete
  2. AA: Sebab tak function, itu yang banyak menyampah.

    ReplyDelete
  3. hari tu jati tbakar kan?hampa pnya blok ke?

    ReplyDelete