Analogue

                                                                                                                    
Lomography Taiwan.

Sejak dua menjak ni minat pulak aku dengan analog. Menatang ape itu analog, yehaa menurut kamus dewan muhammad ikhwan analog bermaksud bukan digital kot. Semuanya manual dan mekanikal. Entah aku buat kepalaan jer. Hampa Google sniri jerlah yer. 

Kalaw dah nama analog, secara automatik perkataan oldskool akan muncul (buat kepala lagi). Stop buat kepalaan straight to the point kini aku mula beralih arah kepada oldskoll gadget yakni film slr. Kenapa berubah arah? sebab utamanya aku rasa macam best jer film slr ni, sebab segala bagai semuanya manual. Mencabar jiwa dan raga nak shoot 1 picture pon. Tambahan pula, (cewah ayat karangan) menatang film slr ni harga dy mampu milik bagi student yang daif macam aku ni. Gila apa 28mm 2.8 pon bole dapat dalam rm250. Kalaw cap kenon 17-50 f4L-lah sangat pon dah dekat rm4 ribu.


Fujica ST-605 dilahirkan pada 1976. 

Soligor 28mm 2.8 

Yes of course film slr menggunakan film. Jadi every shoot tu memang worthy, bukan nak shoot ikut dan hang jer. Gambaq tak jadi delete. Apa barang. Haha. Macam gampreng punya ayat. 

Kelebihan lain film slr adalah camera mahupon lens dy sturdy dan mantap dari segi built nya. Memang sangat sedap memegangya. Tak percaya cuba beli satu okay. Satu lagi, film slr mampu mengawal nafsu nak pi shooting tak tentu hala. Ada duit beli kodak, shoot. Tak dak duit simpan kasi kilat jer. Dan yang paling mengubah impak dalam dunia penangkapan gambar aku, result film slr korang kena pi hantar kedai foto cuci dulu, ini boleh menambahkan kuriositi lagi terhadap hasil yang ditangkap berbanding dslr boleh tengok kot image playback, apa barang ( sekali lagi). sekian terima kaseyyy.

hasil ST605 yang dicilok dari internet.

photo courtesy of www.ejadfotopoyo.blogspot.com


www.ejadfotopoyo.blogspot.com


www.ejadfotopoyo.blogspot.com
nota kaki: film slr sangat berkawan baik dengan LOMO community.


Bebelan Warga Kolej Jati.

13 Haribulan September 2011, selesai pendaftaran kolej. Aku dah selamat register kolej, macam biasa, Jati rider la menjadi pilihan hati. Haha. Terima kasih kepada pihak pengurusan jati sebab bagi aku masuk kolej semester ni. Kena bagi kredit oii kat depa ni sebab ada seorang perwakilan kolej ke apa bala entah dok stalk blog aku. Serius!!. Aisehh, aku bukan nak perasan apa, sebabnya masa aku nak register kolej tempoh hari ada la seorang petugas kolej ni tanya nama aku ape. Then aku jawab lah semua bagai. Yang aku spark sikit masa dia kata "oo..ni lah Ikhwan yang rumah makcik dia kat Subang tu.." Aihh, mana mamat ni taw pulak yang umah makcik aku kat Subang, tu yang aku saspek sebab dalam blog aku aku ada tulis pasal aku sembahyang jumaat ari khamis, then aku ada mention la dalam blog tu yang rumah makcik aku kat Subang.

Aku buat dono jelah, malas nak layan sangat dengan perwakilan kolej bagai-bagai ni sebab bagi aku depa ni macam poyo jer lebih. Nak title supaya lepas grad, merit tinggi lah sebab ada position bagai-bagi tu. Boleh pergi melancong bagai-bagai. Lagi satu yang aku dok nampak la, depa-depa ni aktif time nak majlis pemilihan, pastu haram senyap. Apa function pon tak taw. Kalaw kau jadi perwakilan lepas tu bagi nampak function diri kau dengan jawatan yang kau ada tu aku tak kesah. Contohnya, kalaw kau perwakilan kolej bahagian sukan, cuba kau organize apa-apa pertandingan antara blog contoh macam pertandingan futsal. Ok lah jugak. ni pusat snooker pon terbiar begitu sahaja. Entah Q sume dah reput ke, carpet table dah jahanam ke aku tak tawlah. Ada kemudahan tapi tak nak majukan, pandai lah namanya tu kan.

Ah, mampos engkaulah. Pastu malam semalam ada perjumpaan kolej antara pengetua. Macam biasa, orang yang suka memprotes macam aku ni confirm-confirm tak pergi. Kalaw buat makan-makan ke lepas perjumpaan tu, ok jugak. Haha. Ni kau nak suruh budak-budak berhimpun, duduk ramai-ramai macam banduan, kau membebel tak tentu arah, pastu kau belah, sebelum belah tu kau dapat menikmati jamuan hasil wang student-kot. Pastu end. Yang student semua ni, dengar bebelan kau, pastu kau cakap jangan kutuk-kutuk kolej dalam facebook ke blog ke, apa ada hal. Takut pelajar memberontak? bagi teguran pon tak boleh, macam mana nak majukan management. duit maw laju, kemudahan cam haram. 

Masa register tu aku bajet nak register sekali dengan member sem lepas aku. Tup-tup dia cakap rayuan kene register esok. Aku pulang lah dengan hampa. Esok aku datang awal pagi register, selamat dapat bilik yang ok. Kesian pulak aku tengok member aku yang register awal tu dapat bilik macam hampeh. Bayangkan lah dinding ada kesan-kesan hitam, meja study tiada. Gila betoi. Aku tengok bilik tu layak dipangil stor jer, bukan bilik. Sadis gila condition dia. Yang pegawai-kolej-lah konon siap dapat umah siap dengan air-cond. Wadehel semua tu. 

Sekian sahaja bebelan warga Jati ini.

RM 57.10 (Part 1)


Alkisahnya, aku dapat idea nak travel dari blog Udey Ismail. Mamat ni merupakan seorang fotographer feveret aku sebab gambar-gambar dia nampak neutral dan semula jadi. Entah rasanya dari tahun lepas lagi, aku dok follow blog dia, in the same time dalam blog itu ada journal-journal yang ditulis based on pengalaman dia backpacking around the world. Aku tertarik kerana dengan style dia yang main redah jer, kadang-kadang macam gamble pun ada. Aku lagi minat backpack style main redah, sebab dari situ lagi gain more experience sebab lebih kena berdikari dari mengharapkan bantuan internet.

Jadi kebetulan hendak balik Shah Alam ini, aku rancang nak buat mini backpacking dari Sungai Petani ke Shah Alam. Kali ini aku decide nak travel solo, memandangkan macam simple sahaja dari Sungai Petani ke Shah Alam. Jarak dari Sungai Petani ke Shah Alam pun tak jauh sangat, lebih kurang 388 Kilometer. Seperti biasa, pertama Google dahulu tempat-tempat yang aku nak singgah within the journey. Then sudah decide, pilih hari yang bersesuaian, lepas itu jalan.



Jam 10 pagi 8 September 2011, aku keluar rumah untuk memulakan perjalanan, salam-salam dahulu dengan mak dan abah, then gerak pergi stesyen bas intercity Sungai Petani. Dari rumah ke stesyen bas, aku mintak pertolongan Khairul, member se-taman untuk tolong menghantar ke stesyen bus.


Stesen Bus Sungai Petani
Stesen Bus Sungai Petani 2
Sampai jer ke stesyen bus, aku terus pergi ke kaunter pertanyaan, bertanya pasal bus yang nak pergi ke Butterworth. Selamat masa itu bus dah ready, cuma tak jalan jer lagi, nasiblah jugak masa itu jam lebih kurang 10 lebih, orang pun tak berapa ramai, kalau kena masa pukul 1, jenuh jugak lah nak berebut dengan budak-budak sekolah yang nak balik sekolah masa tu. Dari Sungai Petani ke Butterworth aku naik bas Maraliner, cas tambang berharga RM3.90. Firstly aku ingat bus ni jenis berhenti-berhenti ambil orang, rupanya tak, direct terus dari Sungai Petani ke Butterworth guna highway. Spoiled jugak lah, cadang itu nak naik bus berhenti-berhenti dari Sungai Petani ke Shah Alam. Boleh juga aku nak tengok-tengok pemandangan di tepi jalan, sawah padi, rumah-rumah orang kampung. Ini kalaw dah naik highway memang nampak hutan jer lah, tak pun nampak dapur rumah orang. Tak apalah cakap dalam hati, lagipun jalan dari Sungai Petani ke Butterworth memang dah biasa lalu, jadi tak terkilan sangat lah bus ni tak lalu ikut jalan biasa itu.

Jam 11.15, sampai stesyen bus sementara Butterworth. Kalaw diikut nama rasmi yang ditulis di signboard disitu, namanya Stesyen Bus Penang Sentral. Stesyen bus ini sebenarnya tengah direnovate. Entah bila nak siap pun tak tahu la. Sebab kalau tak silap dari zaman aku belajar diploma lagi sedang direnovate, bapak lama punya hampir masuk 4 tahun. Dekat sini tak adalah sesak sangat, mungkin sebab bukan hari hujng minggu, jadi orang yang nak datang jalan-jalan pun kurang. Turun sahaja dari bus, macam biasa geng-geng "KL sekarang" siap-siap tunggu depan pintu bas, aku nak turun pun jadi macam takut, sebab depa ni style macam nak memaksa orang beli tiket dari depa. Lepas itu kalaw tak beli mesti tarik muka sekupang, style aku kalau kena approach dengan geng-geng ini memang, buat derk jer. Habis kuat pun angkat tangan sambil tunjuk sign "ok-ok", "tak apa-tak apa", then belah. Satu lagi  masaalah dekat stesyen bus Butterworth ini, bus intercity dengan express di combine sekali. Jadi nampak macam serabut sikit. Kalau bus intercity, company Rapid yang handle, kalau express ke bandar-bandar luar yang lain macam-macam brand ada, pilih jer. Memandangkan aku tak pernah naik Rapid, aku jadi "perak buihh" jugak sebab first time nak naik. Lepas pergi kaunter Rapid tanya prosedur, setel. Cari bas nombor 801 dan naik.  Nasib baik jugak tunggu lebih kurang 10 minit sahaja, bus  801 sampai. Yo, first time naik Rapid. Haha. Kena cas RM3.40. Ingat macam Rapid kawasan Lembah Klang, Shah Alam kena guna kad "Touch n Go", rupanya Rapid Penang ini masih  oldskoll sebab kena bayar melalui mesin duit lagi. Tak pulak aku nampak benda seperti sensor untuk kad "Touch n Go". Yang nampak perbezaan adalah tangga bus Rapid tidak tinggi seperti tangga bus Maraliner, Transnasional tidak pun bus intercity yang lain, tangganya rendah sedikit, sesuai untuk golongan berumur, user friendly . Seat bahagian hadapan seperti tinggi sedikit dari seat bahagian belakang, yang lain-lain lebih kurang sama sahaja.

Stesen Bus Butterworth.

Stesen Bus Butterworth 2
Dari Butterworth ke Nibung Tebal memang azab gila. First time dengan Rapid pun dah kena pengalaman buruk. Aku tak tahu sama ada aku yang kuat berpeluh, tak pun memang aircond dia slow ya amat. Panas gila. Dari Butterworth ke Nibung Tebal, lebih kurang 1 jam setengah. Entah dia pusing-pusing dahulu kawasan Bukit Mertajam lepas itu barulah ke Nibung Tebal. Akibat tak tahan azab panas, aku ubah seat dekat dengan pintu tengah bus, dan setiap kali bas berhenti, angin dari luar yang kuat akan masuk semasa pintu terbuka. Memang angin tu bercampur dengan habuk apa bagai, tapi ok la sikit dari panas dok seat-seat bahagian belakang. Dari Butterworth ke Nibung Tebal, bus ikut jalan Bukit Minyak, Sungai Bakap, Jawi lepas itu sampai ke Nibung Tebal. Sempat juga tengok balik site-site yang aku pergi masa praktikal diploma dahulu, nak tengok dah naik bangunan ke blom. Ada yang dah naik, ada yang macam itu jer, rasa sia-sia sahaja penat lelah masa buat kerja dahulu. Antara yang dah naik, kuarters polis kat Jawi, tengok bangunan lawa-lawa jer, rasa bangga pon ada sebab boleh tengok bangunan dari hasil kerja ukur yang kita buat walaupun masa itu ada lari lebih kurang 0.3 m. Haha. Tapi bangunan naik jugak, entah, layan jer, janji siap sudah.

First time dalam sejarah sampai Nibung Tebal, memang aku blur tak tahu nak buat apa, sebab bus yang berhenti kat Nibung Tebal pun berhenti tepi jalan macam itu jer, tak berhenti kat stesyen bus sendiri. Aku nak buat apa pun tak tahu. Last sekali tanya jer kat penumpang yang turun sekali di Nibung Tebal tu. Ada seorang pompuan India dalam lingkungan makcik-macik jugak, aku tanya dengan dia, dimana stesyen bus Nibung Tebal, sekali dia pun tak tahu. Lepas itu aku jalan depan sikit masuk kawasan pekan Nibung Tebal. Pekan dia simple macam pekan Tikam Batu, banyak kedai-kedai kebanyakannya tokey Cina. Nak tengok kedai Melayu sangat susah. Then aku nampak satu kedai jual alkhohol, aku masuk main redah jer, tokey kedai itu dah tengok aku lain macam. Dia ingat aku nak beli la kot. Aku tanya dengan tokey itu pasal stesyen bus Nibung Tebal, dia pun tak tahu, hampa jugak. Tup-tup aku nak keluar dari kedai, ada seorang India customer kedai itu, dia dengar lah kot ape yang aku tanya, dia bagitahu Nibung Tebal memang tiada stesyen bus, bus semua akan berhenti di kawasan tepi jalan bus Rapid berenti tadi. Ok, then aku cakap nak ke Taiping dari sini macam mana. Lepas itu dia cakap dari Nibung Tebal memang tiada bus ke Taiping melainkan kena pergi ke Parit Buntar dulu, untuk pergi ke Parit Buntar, kena tunggu bus dekat area tadi, tapi kena  tunggu di seberang jalan. Setel dah dapat info semua, aku tunggu dekat perhentian bas yang India itu cakap tadi.

Pekan Nibung Tebal

Tempat bus berhenti di Nibung Tebal.

Dekat perhentian bus itu ada seorang India perempuan. Muda lagi kalau tengok dari muka dia. Sampai jer aku dekat perhentian tu, senyum-senyum sikit kasi pancing sebab nak confirm balik betul ke bas nak ke Parit Buntar kena tunggu kat sini. Selamat betoi ape yang India kat kedai alkhohol tu cakap. Mana la nak taw, entah dia tengah high ke, main tibai cakap jer, tak pasal-pasal jer nanti ke mana hala. Tunggu jerlah kat situ dengan perempuan India itu. Sempat jugak  borak-borak sikit dengan dia, rupanya rumah tok dia pon ada jugak kat Sungai Petani. Haha. Memang orang Sungai Petani kuat merantau kot.

Tiba-tiba dari seberang jalan ada seorang India lelaki, bawak tongkat, bag baju, berlari tegesa-gesa ke arah pondok perhentian bus ni. Macam kalut-kalut nak lari dari siapa entah. Aku tengok tak dak pulak bas yang datang. Apahal pulak si mamat India ni nak lari-lari datang pondok bus ni. Aihhhh..

who is that..?

coutesy of :  http://bikanerphoto.wordpress.com/

Soalan 8-1a

Bagi soalan (8-1a) dibawah sila jawab dalam bentuk subjektif bersertakan gambar rajah.

8-1a
Soalan: Kenapa wartawan Malaysia kena tembak di Somalia tempoh hari?     (10 Markah)

Jawapan:

Cerita Hantu

Tadi aku pergi stalk baca-baca blog Sue Anna Joe, dok cerita pasal hantu. Tiba-tiba gua tergerak hati nak cerita pasal pengalaman gua terserempak dengan hantu. Serius punya ni, bukan rekaan Khabir Bhatia mahupon David Teoh Beng Huat kedai tayar.

Al Kisahnya bermula pada tahun 2009, kalaw tak silap gua. Tarikhnya gua pon lupa, yang pastinya time semester break tak silap masa djaman politeknik dahulu (POLISAS). Gua ada rakan serumah yang kebetulan rumahnya dekat-dekat jer dengan rumah sepupu gua yakni terletak di Felda Sungai Koyan, daerah Raub kot kalaw tak silap. Macam biasa, student pantang ada cuti sikit, kira nak balik rumah jer. Memandangkan rumah gua nala dok kat Kedah nu, kalaw balik pon macam tak berbaloi sangat sebab gua kedekut piang. Gua decide nak balik ke rumah sepupu gua tu, rempit bersama member housemate gua.

Newborn.

Semperna pembukaan semula jakel cawangan sungai petani blog ini, gua kasi lagu ini untuk reader-reader sekalian alam okay.


Don-tas-me


Rasanya macam dah cukup setengah bulan aku berkerja. For those yang xtaw aku dok keja apa sekarang, saya berkerja sebagai kuli/liberal/chainman/buruh kasar kepada seorang surveyor yang bernama Mr Eng. Sekejap jer rasa stengah bulan berkerja, maw tak skejapnyer, mangkit pagi kol 5, gerak kol 6, balik keje kol 12, sampai umah, login FB tengok update, baca blog ape semua, tidoq sat, mangkit makan malam, kol 10 tidoq balik. Rutin harian dah macam boring jer kan. Cari duit ceq oii, camtu lah. Tapi Alhamdulillah la sebab dapat sebeyer yang baik hati nurani tak penah dok marah-marah, tengking, maki dan sebagainya macam aku kena time praktikal Polisas dulu, bangbross betoi sebeyer tu, like hell gila. Budak praktikal jer pon, hang lenjaw kaw-kaw sampai lumat noo.

Kejadahnya tajuk diatas itu..? alkisahnya aku ada site di kajang, dari puchong naik SKVE kot, pastu tup tap sampai site..aku tido jer..sampai site, aku tengok kat kongsi indon ada tulis besaq-besaq kat wall bilik depa, “DON-TAS-ME..” Staw aku ni ayat pemes geng jambu maharaja lawak, masa depa blakon dok jogging tu..heran aku, depa ni layan maharaja lawak gak ka..pelik-pelik..


17.07.2011


Bapak lama punya tak update blog. Last update, 19 june 2011. Tak apa bukan ada reader pon kan. Haha. Survey camp da abih 6hb aritu, macam-macam kenangan ada. The most important is, da semakin ramai budak-budak batch aku, aku dah kenai. Hat tiba-tiba muncui time survey camp pon ada, kat jabatan harem tak penah Nampak pon. Gila low profile betoi. Aku Ingat survey camp ni just semata-mata survey jer, tak dak aktiviti sampingan lain, macam aku p survey kem time poli dulu. Gila punya hari-hari survey 8-5 tiap-tiap hari dah macam machai dah. Haha. Tapi survey kem kt u ni, Nampak macam rileks sikit, pi site, tengahari dah cabut balik dah, ok la tu, aku pon malas jugak nak ngadap site sampai ke petang tiap-tiap hari kan.

Sem ni sebey kem buat starat dengan subdivide, kira basic surbey lah. Takdak pape masaalah sangat kali ni, ok lah. Cuma time mula-mula kena divide group tu aku punyalah bedoa kena dengan yang aku kenai semua, tengok-tengok budak pompuan sorang jer kenai, t upon kenai time strata kat jati. Laki selamat fadhil ada, dengan dia jelah yang aku rapat sikit pon. Hat len semua out, harem tak kenai, time mula dapat group lah. Depa baca ni mampoih taching dengan aku plak..haha. setel satu bab, aku pon main blasah jela buat ramah dengan budak-budak group. Semua tengok ok-ok jer. Maw tak ok, sebulan kena ngadap oii.


Buat Abah


Abah,

I know I had done so many wrong things to you, our argue, my behavior always dissatisfied you, I had so many bad things over you. I don't know whether you can read this or not, I just want to say "Happy Fathers Day's" to you. You have tough me a lot of things in my life. Despite of your strictness, it's make me more independent thus i can survive in this adventurous life. I'm seek for your apologies for what I have been done to you. Although we are separated by distance but I always remembered you in my heart. Every time after my prayer I always pray for you, for my family so as our family will stay cherish long lasting forever.

One time when I was unpacking things from my college when the end of semester arrive, I saw someone fathers were waiting outside of the college, waiting for his son, so as he can loading his bag and things to their car. The father embarrassing to enter into the college area, I don't know why, maybe he don't want his son embarrassing of his occupation as a taxi driver. The father drove taxi to the college, so as I think their family in it also as I can see their mak, abang, and adik also. Lastly the son pujuk the father to drove the taxi into the college, and told to his father that he don't need to embarrassing of his occupation of a taxi driver, but should be proud of his son that can continued his study in university.

In that moment I really thinking of you what are you doing at home at the moment. I really missing of you and our family right now. ='(

your son, ikhwan.

Solat jumaat


Azan zuhur telah berkumandang menandakan masuknya waktu sembahyang jumaat bagi kawasan subang dan yang sewaktu denganya. Aku ape lagi, amik tola mandi. Siap-siap pakai wangi-wangi ape semua, start moto, pergi sembahyang jumaat. Dalam aku dok start moto tu, heran gak, awat pakcik aku rilek jer, tak siap ape pon, dia ni tak maw pi sembahyang jumaat ke. Heran gua. tak pelah satgi dia pi lewat sikit kot.

Gua pon start jelah moto, press dua tiga kali bagi enjin panas sikit, lalu gua jalan. Preng-preng-preng, sampai ke masjid, nama ape masjid tu gua pon tak taw, sebelah stesyen minyak caltex area subang ni. Gua pikir gua sampai awal kot, macam tak ramai jer nak sembahyang arini. Takpe-takpe, gua rilek. Paking moto kot area paking moto stesyen minyak tu, bajet tak maw susah keluaq la satgi kan sebab keta mesti banyak gila bab, kalaw gua paking dalam konpom kena tungu lama baru moto bole kluaq. tak pelah, setel paking moto, kunci-kunci ape semua gua masuk dalam. gua tengok, aitt kedai makan ni bukak lagi time nak sembahyang jumaat pon. selalu tuutp kan sebab nak respek jumaat. satgi dia tutup lah kot. Amik air sembahyang, aihh, imam ni sembahyang ape plak awai sangat ni, jemaah lain pon semua ikut jer. Nak kata sembahyang sunat tak kan buat sekali dengan jemaah kot kan.

Gua dah suspek dah ni.
Gua tengok jam, kol 1.20 tengari, aisehh, tengok jam yg ada waktu solat kaler emas, semua masjid mesti ada jam ni, nahh sekali tengok arini ari khamis bai. Gila ape gua nak sembahyang jumaat ari kamis. tak pe gua control hensem, lalu gua menunaikan solat zuhur secara solo. Setel sembahyang, gua baca doa sekali ikut imam. Setel semua gua cabut teros. Malu bai, walawpon tak de sape yang taw niat gua nak sembahyang jumaat. Dah la paking moto kat stesyen minyak, malu gila.

Tapi tak pe gua control jer..sekali start, prengg, gua pecut balik umah makcik gua terus. Dengan pakai ken plekat nyer, mesti orang suspek kan. Haha. tak pelah setibanya di rumah gua maintain macho, tukar baju, makan roti. Lawak betol lah, selamat aku tak suarakan niat nak pergi sembahyang jumaat tu kat sape-sape. Kalaw tak mesti kena bahan. sepanjang 23 tahun hidup, ni first time solat jumaat hari kamis. Huahuahua =0


cuti


Semester break sudah sampai tatkala peperiksaan akhir sudah abis.  Time dok study, dok ingat nak final jer, time dok final ingat nak cuti sem jer, time cuti sem dok ingat nak sambung sem balik. Gila apa. Cuti 4 bulan nak buat apa ni weh. Takpa, memandangkan aku seorng planner yang bijak dan intelligent macam gila, gua sudah buat planning activities untuk semester break ni. Yakni seperti berikut:
  1. Lepak dulu shah alam sampai nak g taman Negara.
  2. Balik dari taman Negara dok umah makcik gua, subang, cari keja sana.
  3. P servey camp sbulan.
  4. Balik servey camp, balik kedah, cari keja kt kedah plak.
Menarik kan kawan-kawan, sekian terima kasih.
Gila malas update.

Failed!


Tengah dok study ni, tapi tulih sat la kan..haha..oh, sekarang memang musim final exam buat segala penduduk unibersiri kerajaan mahupon swasta. Segala penduduk yang tere mengopipes esaimen mahupon meniru ataw menggunakan toyol semasa ujian-ujian ataw kuiz yang diberikan, tengah struggle study sampai tak tido malam hanya semata-mata mahu lulus dengan cemerlang final exam ini. Sudah menjadi tabiat mereka study last minit begitu juga dengan si penulis ini..haha

Lega, gua punya paper yang paling ditakuti iaitu paper linear algebra telah meninggalkan gua dengan jayanya..jayanya? tengok result la nanti. Seriously gua takut gila vavies dengan paper ni, bukan ape, gua ada rekod buruk iaitu gagal dengan jayanya paper matematik semester 3 yang lalu iaitu partial. Jadi segala paper matematik yang mendatang merupakan  fobia bagi gua sepanjang pengajian ini. Mana taknyer, paper lepas yang failed pon gua tak keri lagi. Maw paper ni pon kantoi jugak, memang gua kepeningan kepalaan la..

Masa wa masuk untuk jawab paper ni, pertama dalam sejarah hidup gua, jari jemari gua teketaq-ketaq bak hang! Serius! Gua takut sampai lagutu la..gila betoi, xpenah lagi gua takut nak jawab exam sampai teketaq-ketaq camtu.. sebelum masuk dewan pon jantung gua berdegup kencang macam lari 100m. Time nak jawab jari wa ketaq, lalu wa teringat pesan mak gua kalaw nerbes, baca robbishorhli..wa pon baca la segala doa-doa yang ada..selamat, kurang sikit ketaq gua..selamat soalan pon gua boleh jawab gak walawpon xleh jawab semua..janji bole jawab sudah kan..setel satu bab.

Dok ada lagi dua paper, masa gua menulis ni yakni paper engine dengan kadaster..kadaster gua yakin sikit nak jawab, engine ni, gua risaw pasai pengiraan curve ni..gua masih lagi terkontang kanting dengan pengiraan menatang ni..xpelah, besok pi cari orang tere, study bersamanya sudah..sekian terima kasih.

lama tak menulis


Lama tak menulis, sebab ape, sebab jati dah kehilangan sumber wifi..sejak kejadian kilat sambar menyambar hari itu, wifi wireless jadi macam tongong. Aku boleh connect jer, tapi tak boleh browse..deorang ni xpangil tm mai check ka apa ka..ishk-ishk. By the way, tadi gua present my c++ projek..selamat semuanya berjalan lancer..betullah ape yang dikatakan oleh membe-membe gua pasal ke psycho-an dr jj..serius psycho!!

Selamat aku boleh cope dengan situasi tersebut..dia bertanya soalan macam seorang pegawai askar Tanya soalan kat anak buahnya..tegas dan gila vavies punya..tapi entahlah, ada khabar angin mengatakan en sahar merangkap lecturer lab c++  aku merajuk dengan si jj ni sebab jj nak dia seorang jer yang check projek student..sahar apa lagi, touching the head la..beliaw pon dok buat feeling-feeling la dengan student dengan berkata beliaw Cuma ada degree jer, jj ada phd..mana layak check projek student..haha..apala geng-geng lecturer pon bole nak begado, tak faham aku..

Minggu depan final, jadi kena pulun and study hard..babai..!
Thanks to new wifi named ‘dot’ to bring back the internet for jati.

Stress week have begun.


assalamualiakum wbt. setiap kali gua rasa stress, memang gua akan menulis blog..its some ways to express feeling rather than merempit right..? ah, poyo, dulu time kamu stress lepas clash dengan awek pon kamu merempit dari seberang perai utara hingga ke plaza tol sungai petani selatan menjerit-jerit seperti orang gila meluahkan perasaan yang terbuku di hati..lame old story lah, just forget it..

1st of all, saya sangat stress disebabkan beberapa perkara seperti berikut:
sort of money,
final examinations
data topo engine swing,
teringat kepada ex-awek,
cadastre survey tak siap lagi
pastu report cadas dan engine konpom aku kena buat sorang-sorang lagi.

let go through one by one okay..?
sort of money
aritu my brother ada telefon, wei duit hang ada lagi tak? ada la sikit, cukup untuk makan tengahari jer..tak pa, nanti tak dak duit habaq kat aku..okay-okay..well it is truth gua makan sehari sekali jer, ini adalah berkenaan dengan program diet gua yang semakin menunjukan kesan..perubvahan jisin badan gua yang menunjukan penurunan jisim sebanyak 4 kg, amat menggembirakan..lalu gua dengan azam jitu dan murni meneruskan program diet jimat wang ini..haha..itu satu hal..gua amat takut dengan satu hal ni jer..pembayaran bulanan motosikal gua..camana pon gua kena cari duit jugak untuk membayar moto pada setiap bulan..selamat tak penah miss lagi..gua juga terpikir pasal road tax gua yang semakin menghampiri tarikh luputnya..masak gaklah nanti nak membayarnya..tp xpa, gua rilek dulu kerana xsampai masa lagi..dah smingu nak sampai, baru gua kalut..dasar orang melayu suka buat kerja last minit! haha..

final examinations
wahh, ini adalah perkara serius! gua sangat takut benda ni..dulu masa gua kat poli, gua tak da nak kesah sangat kejadah ni sebab gua yakin gua bole jawab..tapi lu jangan buat la perangai sebegini di unibesiti, konpom lu akan karry punya..haha..hasilnya, gua punya pointer macam gila babi punya rendah, sekali pakej dengan kerri satu subjek..memang gila lah, gua xpenah kerri seumur hidup, tup-tup nah, hamik kaw keri satu paper..bullsitt kata baby..haha
3jam kemudian
(gua telah kembali dari menyembang bersama kawan lama)

data topo engine swing
yaa, sejak menjadi serbeyor di uitm, banyak projek-projek gua mengalami kegagalan..huhh, apa yg ser tak taw..kadaster tak jumpa batu yang cun walaupon memikup hampir 20 batu manakala data topo engine gua menyewing kan dirinya..jenuhh nak edit habaq hang..! haha..selamat kadaster bole diselesaiukan dengan penemuan terbaru iaitu trabas bayangan..haha..(sapa kata tsm tak bole tipu, habaq mai..) manakala data engine yang swing tersebut bole diselesaikan dengan pengalaman menjadi drafman tak ikhlas buat kerja di sabar ukur konsultansi..export autocad, edit kaw-kaw punya..setel..

teringat kepada ex-awek
mood gua telah kembali healing selepas bersembang dengan kawan gua tadi. Alkisahnya, gua apa sakit ntah, kerap teringat dengan awek lama ni..gua pon tak taw, mungkin gua banyak terdengar lagu-lagu yang menjadi teman sewaktu gua dan ex awek gua dahulu..lagu seperti raja jatuh cinta, cintailah aku sepenuh hati, cukup sinonim dengan zaman kegemilangan gua bersama awek gua itu..tetapi alangkah malangnya archipelago yang dibina diserang pihak berikatan dengan bantuan tentera gadaffi..huh..!

cadastre survey tak siap lagi
ini memang perkara serius..gua pon pening la..bukanya gua nak ex sangat dengan budak-budak uitm ni..semua nak harap gua..gua pon baru belajar tsm ni..hangpa buatla sama..gua tak da, kerja tak jalan..aiyoo..padahal satu stesen jer lagi nak amik detail..pening-pening..kesimpulan yang bole gua konklusikan disini..mai la background mana pon, kalaw minat dengan survey ni, mesti boleh buat punya..budak uitm pon power gak pa buat serbey..gua tengok pait power gak..cepat jer paham ape yang gua sampaikan berkenaan hal-hal di site..satu hal lagi gua sangat tensen kalaw amik topo pon nak ditanya lagi amik camna..sangat pening dengan serius lagi! Poli sama, uitm pon sama..

pastu report cadas dan engine konpom aku kena buat sorang-sorang lagi.
Ini sudah tentu..gua dapat mengagaknya dengan jitu sekali..sorang pon tak maw tanya pasal report setelah amali hampir siap..gua nak bagi arahan gua tak reti sangat..nanti orang cakap gua gila kuasa dan sebagainya..lagipon gua bukan ketua group..tapi ketua group dok harap kat gua pulak..macamna cerita bang long oii..haha..selamat gua telah mengambil langkah selamat dengan mengopi dulu report-report senior sem lepas sebagai rujukan dan sebagai sumber kopipes gua..haha..
Sekian terima kasih
Ps: mak gua kalaw baca ni, I love you mak..!